pinjam petikan akhbar ni mengenai kelebihan gingko utk tmbh pengetahuan kita semua..
Walaupun gingko dipercayai sebagai pokok yg paling tua atas muka bumi, namun pengetahuan mengenai manfaat dan penggunaan terapeutik daun gingko baru mendapat perhatian serius dan dikaji secara lebih intensif sejak 30 thn lalu.
Kandungan mendapati kandungan flavonoid dan terpene lactones drpd ekstrak daun gingko bertanggungjawab ke atas kebanyakan tindakan biologi dlm tubuh manusia. Gingko menggalakkkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tgn dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah.
Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yg sihat menunjukkan perubahan memberansangkan di dlm ujian memori selepas pengambilan ekstrak gingko biloba.
Gingko biloba juga bermanfaat utk warga tua, terutamanya utk penyakit alzheimer, sindrom raynaud (sejuk kaki n tgn) dan telinga berdengung (tinitus) yg disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke otak dan kekurangan bekalan oksigen ke tisu2. Gingko biloba turut memperbaiki fungsi kognitif dlm merawat penyakit alzheimer.
Memandangkan otak terdiri drpd asid perlu tak tepu yg tinggi, ia mendedahkan kpd radikal bebas. Gingko biloba adalah antioksida yg baik dan meneutralkan radikal bebas yg menyumbang kpd penuaan pramatang.
Gingko biloba juga digunakan utk memperbaiki sindrom raynaud, iaitu masalah akibat kekurangan pengaliran darah pd tgn. Masalah ini disifatkan sebagai kekejangan arteri yg membawa darah ke jari tgn dan kaki. Pd bahagian yg terjejas, kulit menjadi licin, berkilat dan tegang akibat kehilangan tisu di bawah permukaannya.
Tinitus adalah keadaan dimana seseorang itu mendengar bunyi (dengung) tanpa mengetahui puncanya. Bunyi mgkin seperti tiupan wisel, bunyi ketukan dan sebagainya sama ada kuat atau perlahan. Gingko biloba meringankan masalah tinitus dengan memperbaiki pengaliran darah.
Gingko biloba juga bermanfaat utk melengkapkan rawatan rawatan disfungsi erektil, yg berpunca drpd kurangnya pengaliran darah. Gingko membantu meningkatkan pengaliran darah melalui arteri dan vena. Ia seharusnya di ambil secara berterusan utk memperolehi manfaatnya.
0 comments:
Post a Comment