CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 23, 2009

grad batco nite

17 ogos 2009, aku, cosmate n instructor dijemput ke graduation nite of BATCO series 25/09. Diorg wat event tu kat Grand Continental Hotel, Kuantan. Antara VVIP yg dapat hadir...


pic atas : aku dgn mizah
pic bawah : aku dgn faezah
"aku ada amik pic lain tp maleh nak upload. hehe"
Ni antara menu yg dihidangkan. "sup ni tawar ckit ke aku yang x makan masin??"
sebelum..... "sengaja aku x nak makan nasi so aku buleh la mkn lauk byk.. lalalla"
selepas.... "licin gak pinggan aku"

puding kastard pisang ni pun ok gak.. nyum.. nyum...

"congratulation ye pd BATCO 25/09. Welcome to Air Traffic World"

Saturday, August 22, 2009

puasa

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK.
SEMOGA RAMADAN KALI INI MEMBERI 1001 MAKNA KEPADA KITA SEMUA DAN SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM LINDUNGAN-NYA.

Friday, August 21, 2009

1 minggu

sibuknye aku seminggu ni sampai x sempat nak update blog. hr isnin 17 Ogos, task emcee berjalan dgn lancar, alhamdulillah. ptg continue dgn class n mlm ada dner graduation nite BATCO 25/2009. Diorg wat kat Grand Continental Hotel. Hr selasa class mcm biasa n da start prep mlm. Hr rabu mlm ada Futsal, BATCO yang organize. Khamis class lg dan lg dan lg. Mlm ada bacaan yasin kat surau n mlm tu ujan lebat + petir + kilat sabung menyabung = blackout. Adoh.. mcm mn nak study?? Hr jumaat ada progress test subjek APC. huhuhuh... exam... study... exam... study... exam.... student... student...

Sunday, August 16, 2009

topeng muka

Pagi2 lg aku dah kuar dgn ayahanda kesayangan aku tu g pasar pagi kat stadium ktn. saje bawak abah jalan2. alih2 ternampak pulak buah durian yang besar gle dr buah biasa tp aku x beli le. dah la x sihat, kang ada gak budak g jmpe doktor sebab demam durian.
oo.. ye.. hari ni aku menyahut saranan kerajaan dan kementerian kesihatan malaysia agar memakai topeng muka apabila keluar dari rumah. Ayahanda aku pun ikut sama. so sehari suntuk memakai topeng n sangat lah rimas sebab bile berpeluh, susah btul nak lap.
Lepas pasar pagi - bekpes mee celup - mydin - pasaraya the store - megamall - kamdar - rumah - mes. Haa.. hamek.. punye la banyak langkah yang aku wat hr ni. Agak penat sikit tp best. Ooo ye.. skrg aku agak lapar. Tu lah td sebelum nak balik mes, abah dah suruh aku amik kuih muih yang ada tp memandangkan aku tgh kenyang lagi so aku amik sikit je. Lapar.. lapar.. so kne masak mihun tom yam la (korang jangan salah sangka ye, aku masak mihun segera tu jer. X de maknanye nak memasak sbb kat blik adalah dilarang memasak ye. cuma wat x salah, kantoi je salahnye).

Saturday, August 15, 2009

x sihat lg

Tak banyak yang aku wat hari ni sbb aku x berapa sihat sgt lg.

Still fever n sore throat n selsema tp dah kurang ckit dah.

dah mkn ubt.

So aku byk tdo je hr ni except pg je kuar jap bwk kwn2 dari labuan g brunch kat restoran zaman.

Sore throat ni wat aku mls ckit nak bercakap sebab perit jer tp ni bkn halangan utk aku online FB n blog kan... kan.. kan.... (^_^)

Friday, August 14, 2009

caiyok...

Hari ni x de class so aku n csemate wat persiapan utk opening cse n aku kne siapkan script emcee. huhuhu.. aku adalah emcee utk event hr isnin ni ye. pastu sempat la run simulator SIMEX 2 then br g auditorium, tgk ape2 yang patut. ptg x de ape2. tp ptg tu aku g Pejabat Perkhidmatan dan Penilaian Harta, amik surat pasal rumah aku tu dah siap dinilai. Alhamdulillah. So aku kne tgu next week utk next step. Mcm mn aku nak mintak release dgn KS aku ek? Nak kne anta borg segala borang ni ke MINDEF then Putrajaya. Camne ek? Sebenarnye ada sorg kwn aku yang betul2 berjasa n byk tlg guide aku dlm proses beli rumah ni. Terima Kasih Kapt Hairul Nizam TUDM. Kalo dia x bgtau, memang aku x sure nak watpe. Dia mmg byk tlg aku. Really appreciate it. Nnt sy belanja awak mkn ek. Hehehe... entry kali ni x de moral of the story.

oo... oooo..

Oh no... Sore throat... ehemmmmm... flu... sneeze.... achouww... sneeze..

oh no... aku dah cuak...

tp x de la tahap gelabah..

aku rasa simptom2 ni terjadi sebab aku kurang minum air masak dalam keadaan cuaca yang kurang sihat ni...

lg pun antibodi melawan penyakit aku masih di tahap tinggi...

huhuhu... sedap-kan-ati-sendiri.

Moral of the story - Ikutlah nasihat doktor.

Didik anak dengan etika

Selama ni kita selalu disajikan dengan entry2 yang menyentuh perasaan so kali ni aku nak muhasabah diri sendiri n org2 keliling aku tentang sesuatu yang jarang anak2 masa kini apply.



Entry ni aku pinjam dari Utusan Malaysia bahagian Bicara Agama. Semoga dapat memberi faedah kepada semua. Lagipun ni kira Istikarah untuk Bulan Ramadan yang bakal tiba.



Dalam menyentuh persoalan mengenai amalan sunah ini, anak-anak sewajarnya dibimbing oleh ibu bapa supaya mengaplikasikan adab-adab tersebut demi hubungan baik kekal terjalin dengan komuniti luar. Adab-adab yang dimaksudkan ini hendaklah mengambil kira beberapa etika di bawah ini, antaranya:



1) Adab memberi salam. Anak-anak sewajarnya diajar dengan adab pertama ini. Etika moral ini adalah citra kepada akhlak mulia iaitu lambang kesantunan diri sama ada ketika bertemu atau berkunjung ke rumah jiran tetangga atau sahabat mereka. Apatah lagi amalan memberi salam merupakan suatu yang sangat digalakkan sehingga disebut oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu diizinkan penghuninya. Maka hendaklah kamu memberikan salam kepada mereka. (An-Nur: 27).



2) Adab berjabat tangan. Adab ini juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. dan amalan para sahabat untuk menyatakan perasaan kasih, kegembiraan dan rasa hormat. Huzaifa ibnu Yaman menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Apabila dua orang beriman bertemu antara satu sama lain dan selepas memberi salam saling berjabat tangan, maka mereka dibersihkan daripada dosa mereka sebagaimana daun gugur dari pokok. (Riwayat at-Tabrani). Selain itu amalan berjabat tangan juga adalah lambang memohon maaf. Anak-anak seharusnya diajar bersalaman memohon maaf kepada rakan-rakan mereka dan jiran tetangga yang mereka kunjungi.



3)Adab memperkenalkan diri. Setelah memberi salam, ibu bapa juga hendaklah mengajar anak-anak agar memperkenalkan diri mereka sebelum masuk bertandang. Hal ini kerana sudah menjadi fitrah manusia yang lemah sifatnya, mudah salah anggap dan syak wasangka, apatah lagi jika tidak mengenali mereka. Tegasnya budaya memperkenalkan diri boleh mengelakkan sebarang bentuk fitnah atau salah faham tuan rumah terhadap kunjungan tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Jabir r.a. berkata: Suatu ketika aku menemui Rasulullah s.a.w. di rumah Baginda, kemudian aku mengetuk pintu rumahnya. Maka Nabi s.a.w. bertanya: ``Siapa itu?'' Maka aku menjawab: ``Saya''. Rasulullah s.a.w. bertanya pula: ``Saya? (saya tu siapa?)'' Nada suara Baginda seolah-olah tidak suka pada jawapanku itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Moral of the Story - Setiap yang baik tu datang Dari-Nya dan semua yang kurang tu datang dari diri kita sendiri. Fikir2 kan lah. Selamat Beramal.

Thursday, August 13, 2009

bukak buku

Today dah start class.

Subject hr ni berkisar pada Approach Procedural Control (APC) sbb cse aku ni merupakan cse yang pertama combine APC and Radar.

So memandangkan dah pernah blaja pasal APC, muka aku n csemate smua ala2 'tekun' gak la sbb masing2 nak refresh smula je subject ni.

Class sampi kul 1245H then break lunch n masuk class smula kul 1430H.

Ptg pun ada class.

Mlm ada tahlil tp ada something yang agak menyakitkan ati aku, mizah and fae.

Ada 3 orang budak bersikap "kurang ajar" dengan. Stressssssssss....

Wednesday, August 12, 2009

aku pekerja yang belajar

Alhamdulillah.

Now aku bergelar sorg pelajar @ student n aku attend Kursus Lanjutan Approach (Radar dan Procedural) Siri 44/09, candidate 10 org including 1 officer from Bangladesh.

My cse mum is Kapt Salam TUDM.

Kalo ikut signal, aku punye cse akan tamat on 23 Disember 09 but maybe some delay tp x sure lg.

Lepas masuk class, ada yg g wat arrival n hr ni hr utk admin je.

Moral of the story- kne set mental, kuatkan semangat n work hard + study hard la utk complete this course with flying colours..

Tuesday, August 11, 2009

jadik pelajar

Keje aku memerlukan aku hadir 3 kursus n aku dah completed dua kursus iaitu BATCO n Procedural Course. So esok aku akan hadir utk last karier cse iaitu RADAR. Cse start 12hb Ogos 2009 untill end of this year kat Pusat Latihan Kawal Komunikasi dan Lapor (PLKKL), Pangkalan Udara Kuantan. Aku akan ada lg 9 org csemate + 1 from Bangladesh so + aku = 10 student la. 4 bulan aku akan jadi student.. student.. student.. Aku akan wat yang terbaik n hope everything ok for me. Wish me luck (^_^)

rumah aku

Lepas berhempas pulas lawan kemalasan yang berganda-ganda dlm diri aku, akhirnya berjaya gak aku gigihkan siapkan segala-mala borang and documentasi untuk beli rumah aku tu.
Actually walaupun aku dah lama tmbul kesedaran supaya beli aset masa keje ni (tu pun puas ayahanda aku paksa.. tima kasih abah), tp keadaan kewangan agak menakutkan utk tambah beban utang lagi sbb tu aku men'delay'kan projek beli rumah ni.
Lastly taun ni aku dah tambah tolak darab bahagi kewangan aku n Insya Allah aku buleh hidup.
Semalam sehari aku wat keje admin utk rumah tu n alhamdulillah, hari ni aku berjaya anta borang2 tu kat Pejabat Perkhidmatan dan Pemilaian Harta kat Kuantan (tima kasih byk2 kat bos aku coz meringankan tangan dia utk sign segala borg aku tu yg agak byk. Tima kasih Mej Muhammad TUDM) so skrg ni just tgu the result.
Next baru buleh proceed to MINDEF and Putrajaya.
Hopefulllllly nothing much problem. Aminnn.....
Moral of the story - Sayang.. jangan malas2-malasan lagi dong..

Saturday, August 8, 2009

kaler ijau

pic atas - pokok buah naga
pic bwh - pokok pisang
antara pokok naga dengan pokok pisang, byk bezanya walaupun dua2 berwarna hijau. Jadi jangan salahkan kawan korg kalo diorg tiba2 tersasul sebut pokok pisang tu pokok naga.
Gelak sendiri je la.

Friday, August 7, 2009

BF, LELAKI dan Diri Sendiri

Entry ni adalah sambungan dari misz e punye entry. Sila klik cni untuk baca. http://miszeyeliner.blogspot.com/2009/08/kemanakah-perginya-lelaki-di-kuantan.html


Lepas peristiwa di depan CIMB bank tu, BF aku wat perangai lagi untuk kali kedua. 1 Ogos baru2 ni aku sudah sehari suntuk dengan BF aku n ayahanda g Mersing, visit kakak aku kat sana n terus balik KTN hari yang sama. Sampai je kat KTN, niat aku nak bawak abah g makan kat Kedai Makan sebelah SHELL (ada yang panggil kedai tu Kedai Makan 6 Minit sebab lepas order, makanan sampai dalam masa 6 Minit tp aku x sure betul ke x sebab aku x pernah amik timing). Bile je sampai kat parking, BF aku wat perangai yang sama. OMG.
Nasib baik misz e ada so otomatik la aku col dia mintak tlg recovery.
Ok, da selamat n aku pun x g bengkel lg pasal BF aku dah ok.


Kendian 4 Ogos BF aku tiba2 mati masa aku tgh drive dalam base and otw balik dari nite flying!! Aku sempat benti kat tepi jln n kebetulan ada 1 kete budak BATCO n kete Mej Azmanlindra lalu coz diorg baru balik dari prep. So lepas mintak tlg diorg jumper kete-tapi-tak-berjaya-seperti kejadian-sebelumnya, so aku decide parking je kat PROVOS then esok br tgk ape yg patut. Thanks ye tolong saya. Ada lagi LELAKI2 yang sangat concern pada wanita yang sedang kesusahan. (^_^). Ingatkan spesis itu sudah pupus di Kuantan ini.


5 Ogos, lepas briefing pagi, aku bwk KPL Shahrin Bomba g tgk kete aku. Lepas dia godek2 lepas dengar cite aku pasal alarm n bateri tu, dia cabut wayar alarm bawah dashboard, then Alhamdulillah, BF aku dah ok. (^_^). Rupe2nye menurut kata KPL tu, alarm aku telah interrupt bateri and tu yang kitorg x buleh jumper.
Looo... alarm tu pun buleh wat sampai macam tu sekali????
Moral of the story - Jagalah BF @ GF anda elok2. N Malu Bertanya, Sesat Jalan so Tanya Pada Yang Pakar.

Sunday, August 2, 2009

Salah sape????

motosikal adalah 1 bende yang mempunyai 2 tayar (kengkadang ada yang ada 3 tayar, n tiap2 malam ada motosikal tinggal 1 tayar sambil membuat gaya perasan superman), 1 handle dan beberapa aksesori wajib ada mengikut spesifikasi JPJ.

Kambing pula merupakan satu spesis binatang yang mempunyai 4 kaki, tanduk dan bulu. Ramai org membela kambing sebagai salah satu punca pendapatan tetapi ada juga kambing yang dibiarkan berkeliaran di tepi jalan.



Aku ada sorang kawan yang mempunyai tahap fobia yang amat tinggi kepada kambing. Dia sering membawa motorsikal dan sering lalu di tepi jalan yang mempunyai kambing2 yang berkeliaran. Dia sudah beberapa kali mengalami tekanan perasaan terhadap kambing. Mana tak nye, dia kata dia bawak moto pada kelajuan 70km/j. Bile je terpandang kambing2 tepi jalan, dia mengurangkan tahap kelajuan kepada 40km/j kerana dia risau akan mengalami kemalangan sekiranya kambing2 itu tiba2 melintas jalan. Bagus dah tindakan dia tu. Tp masalahnye bile dia perlahankan motosikalnya, x nak plak kambing2 tu melintas jadi dia terus menambah tahap kelajuan dan dengan tiba2 kambing2 tu pun tiba2 mengejar dan menerpa ke arah dia yang tengah kelajuan. hasilnye adalah dia nyaris2 mengalami kemalangan. Semenjak sering mengalami peristiwa yang sama setiapkali berjumpa dengan kambing2 tu, dia adalah sangat fobia sampaikan kalo dalam kete pun dia sentiasa berhati-hati.



Moral of the story- Berhati-hati di Jalan Raya (^_^)