CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 17, 2009

go.. go.. go... genting

Ada satu wekend tu, aku join member2 aku travel.. hahhaa.. bknnye g jauh mane pun.. travel g genting jek. go.. go.. go.. genting. ok gak la, muleh la aku release kan sikit stress dlm kepala aku ni. blh gak la aku tinggalkan MR. STRESS tu kat tempat sejuk ni. Actually aku da lama sangat da x naik genting. bertahun gak la. last bile ek.. jap aku nak pk.......................... "susahnye nak recall, nampak sgt aku dah lama x g genting, tu yang memori agak sukar diingati". Lepas drive beratus-ratus KM, sampai gak aku kat cabel car genting ni tp mak aiii, ramai gilers org beratur nak naik cable car tu... aku rasa ada la dekat sejam gak menunggu barisan... sabar bebanyak...

Lepas beratur berpusing-pusing, dapat gak aku naik cable car ni. Ni adalah 1st time ye aku naik menatang yang tersangkut kat cable n melintasi pucuk2 pokok yang sayup2 ada kat bawah ni. sebenarnya yang aku dok g genting last-bile-tak-hingat tu, member aku drive kete aku yang 1.3 tu. masalahnye member aku tu expert memandu di kawasan pergunungan. aku nak bawak kete tu sampai atas???? alamatnye mcm x sampai je kang so daripada bakal menyusahkan diri sendiri n kete sendiri, lebih baik aku beranikan diri naik cable car ni. Gayat je rasanye. Ni kang kalo jadi ape2 kang sape nak jawab?????
tengok tu.. aku lg tinggi dari pokok yang dah bertahun-tahun hidup tu so bayangkanlah betapa tinggggggggggiiiii nye aku. tp cable car ni yang terpanjang di asia kot "kalo x silap aku la. tu la, sejarah maleh nak ingat. da tentu2 la aku da baca masa kat bawah td. ape la.."

Alhamdulillah... sampai pun dengan selamatnye kat atas. so ape lg.. ronda2 la.....
"sayupnye bangunan hotel ni"
masa ni x masuk lg theme park ni. sengaja tunggu time murah sbb bukan semua game kitorg nak main.. yeeee haaaaaa...

sementara menunggu time murah tu, aku jln2 menikmati pemandangan. Subhanallah... cantik betul ciptaan Yang Maha Esa. Enjoy the pic ye. Aku sengaja masukkan beberapa keping gambar yang bergoyang " ceh.. padahal aku x pandai nak edit pic2 tu walaupun Adobe n Photoscape aku ada"

Dah time murah dah so lpas bli tiket kat kaunter depan, jeng.. jeng... jeng... kitorg start aktiviti menguji mental dan fizikal.


Ni kitorg main ape ntah namanya. Kayuh.. jgn x kayuh..

Korg pernah tengok tak bateri energizer yang paling besar dlm dunia. Bateri tu ada kat Genting ni ha. Comel giler. Excited lak aku mengambik pic bateri tuh.

Da puas mengayuh sampai naik muscle kaki aku ni, ada member aku paksa aku naik menatang ni. Argghhhhhh.... cuaknye. Tengok kat bawah macam best je tp seram sejuk gak la aku rasa beratur menunggu turn. Nape la korg gatal nak naik menatang ni??? da x de game lain da ke yang korg rasa nak main ha??????
Menatang ni namanya Space Shot. Huiiiii... aku rasa jantung aku tertinggal kat atas. Best memang best tp akibat bermain game tersebut, aku telah mengalami sakit badan terutamanya kat bahu aku ni sbb dolu2 soket bahu aku pernah terkeluar masa kadet. Lepas trun je dari game ni, terus bahu aku rasa semacam n sangatlah-tak-selesa. Aduhhh....

Korang buleh bayangkan ape menatang ni x? Ni lah rollercoster yang aku pun cuak gak. "semua game aku cuak, ape je yang aku x cuak kat cni?" Giler betul la main menatang ni.
Game yang ni je aku x naik. masa tu dah sakit bahu + penin kepala + penat = x mo main dah.

Dah puas pusing2 kat theme park, kitorg jalan2 lak sambil mencari makanan. Tiba2 aku ternampak view ni. Cute je katun tu tersangkut kat pokok sambil pegang sebatang aiskrim. hehehehehe.

Pic bawah ni sebenarnya mesin ATM. Kitorg stress, masa otw nak g genting, susah betul nak cari mesin duit ni tp bile sampai kat atas, banyak lak. Eeee... geram dohhh.
Masa ni dah otw trun. Da nak balik dah. Next time buleh datang lagi.
Tiba2 aku nampak replika bunga Raflesia ni. Cepat je tangan aku nak snap. Penat tp best jalan2 kali ni. Next time buleh datang lagi.

5 comments:

jasrina said...

boleh tny pegi dgn siapa?? ehehe..

nurain said...

yeah..genting bes..huhu

sayang said...

alo kak jas.. dgn kwn2... hehehhehe

nurain- genting mmg besssttt

eshark said...

Selamat Hari Raya

sayang said...

slmt hr raya eshark (^_^)