CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 27, 2009

wonderpets

Wonderpets Wonderpets
kami datang
untuk menyelamatkan kuda unicorn
kami tak besar
dan kami tak kuat
bila kerjasama
kerja jadi mudah
apa yang penting kerjasama
20 april 2009, aku dapat msg dari sorg kawan. yang aku x sangka, dia anta msg lagu Wonderpets ni tp aku x sure liriknye betul ke x. n yg paling aku x sangka, aku ada sorg kwn LELAKI yang hafal lagu Wonderpets ni. Lawak gile... tp aku suka coz dia berjaya wat aku gelak n wat aku awet muda n wat aku kagum kat dia coz aku rasa budak2 kecik yg slalu tgk cite katun ni je yg akan hafal lirik lagu ni. "apa yang penting.. kerjasama".... hahahaha (^_^)

Sunday, April 26, 2009

ayaq terjun...

sbnrnye aku plan nak g ke satu tmpat mgu ni tp memandangkan x jadik g so
pg semalam aku, kapt khai, anak n husband dia n kapt marini g
air terjun pandan @ lebih dikenali dgn air terjun pancing.
nasib baik ada sandwich yg di wat oleh kapt khai
(semenjak pandai wat sandwich ni, menu tu je yg sesuai kot ganti mknn segera),
kalo x, x tau nak mkn ape.
(tu pun mak dia puas bgtau yg sandwich 1 tupperware kecik tu x ckup tp dia degil. nasib baik la bwk spare ikan sardin n bhn2 utk wat sandwich).
so dlm kul 1015H kitorg grak 1 kete. since aku posting smula ke ktn bln 7 2007, aku x penah menjejakkan kaki kat waterfall ni.
bila dah masuk smpang waterfall tu,
wahhh.. byknye kete n lori kuari.
sampai kat entrance, kne byr RM1 per head so kne la byr rm4.
pastu dah smpi, ape lg.. cari port nak melepak la tp x blh terlalu dlm @ terlalu cetek coz nnt x kne lak dgn baby umaira ni n yg dah dewasa ni. dpt je port yg sesuai, mkn dl br debushhh.. masuk air.. sejukkkkkkk walaupun masa tu dah kul 11 lebih. best gile coz lm dah x relax mcm ni. dl2 ms kat gong kedak, aku slalu g air terjun lata tembakah. ms kat subang, x penah lgsung g air terjun. dah puas berendam n kulit pun dah terasa pijar kepanasan matahari, br la siap2 nk balik. well.. tmpatnye masih ok walaupun airnye agak keladak ckit tp tetap best. next time blh dtg lg. (sori la ye, x teringat nak amik pic.. teruja nak main air (^_^) )

Saturday, April 18, 2009

shopaholic ke cerewet????

(aku dah lama nak masukkan entry ni tp asyik tergendala je coz x blh nak upload pic. pasai ape ntah).
selama aku suka shopping / window shopping / jln2 cari pasai ni, aku rasa aku x penah abiskan masa selama 5 hours semata2 nak cari baju utk attend function tp semalam aku berjaya wat rekod tu dengan kapt khai n kapt marini. semuanya pasal tema merah putih yang Ahli Hiburan mes aku war2kan utk function mlm td kat mes. kitorg ni mcm dah kne rasuk lak mencari baju yg sesuai dgn tema dan majlis. so abis je keje kul 5, bergegas kitorg kuar ke bdr. mula2 g kat megamall n da abis kitorg jelajah 1 mall tu tp x de yg berkenan di hati. pastu dah approaching kul 7 mlm, kitorg heading ke East Coast Mall lak. semua kdai baju termasuk parkson n ladylike kitorg terjah tp hampa gak. kul 9 cik mar nekad nak terjah semula megamall so kitorg pun heading la ke sana. tp tba2 mata cik mar ternampak 1 kedai baju sebelah ECM tu so kitorg g la sana. walaupun baju2 yg ada setakat tahap "bolehla" tp kitorg beli gak la yg mana ok.


ni lah baju yg aku dah rembat tu. 2 helai lg kaler merah. balik bilik aku akan oter utk sesuai dgn tema merah putih. (^_^). penat siot berjalan2 mcm ni. lain kali x nak wat dah.
n function mlm tu pun ok la except ada 1 mamat ni yg kurang budi bahasa kot yg sibuk dok menarik awek2 yg ada utk masuk menari dgn dia kat dance floor tp yg x bestnye dia main tarik2 n paksa. EEEEEEEEE.... KITORG X SUKE OK SO JGNLAH PAKSA2... aku, cik khai, n awek2 lain BENGANG!!!!!!! MENAKUTKAN GAK...

Wednesday, April 15, 2009

medium

aku da ada facebook. hehehe..
tu nak menambah keje la tu..
hari2 nak kne jenguk fs n fb..
mcm la rajin sgt..
hehehehe..
tp aku rasa fs ke fb ke blog ke flixster ke myspace ke..
smua tu ada kebaikan n keburukan tersendiri...
tp as a user..
aku selalu mempositifkan n memotivasikan diri sendiri melalui bende2 mcm ni...
at least aku ada medium..
untuk kenal kwn2 baru..
untuk cari kwn2 lama yg masing2 da ada life yg baru..
untuk bgtau latest info kat kwn2..
untuk menggerakkan fikiran aku supaya berfikir..
untuk support kwn2..
and yg penting sekali...
untuk ekspresikan perasaan aku yg selalu x keruan..
hahahaha...
so jgn pendam2..
nnt blh dpt penyakit murung..
luahkan dlm bentuk tulisan..
mcm kat blog ni..
asal jgn terlalu beremosi tentang beberapa perkara..
perkara yg blh membuatkan anda merengkok dlm penjara..
fikir lah sebelum bertindak...

Wednesday, April 8, 2009

tarikh lahir anda

*pssstttt.. aku copy dr kwn dlm fs gak.. agak malas utk pk nak masukkan entry ape.. lalalala*



1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

*wallahualam*

Tuesday, April 7, 2009

progress ke 2 entry 26 dis 08

korg bc la sndiri entry aku 26 dis 08 tu.
hampir 4 bulan da x makan nasi n rasanya ada perubahan.
baju pun mcm makin longgar je n tubuh pun rasa makin ringan.
tp 6hb apr 09, pantang nasi tu dah dilonggarkan sbb bdn sgt2 x sihat n required mkn ubat.
bile kepala da nmpk bintang, berpinar2 n mcm nak pitam,
terus mkn nasi kerabu then mkn ubat.
nnt bile da sihat sikit, kne wat plan yg baru.
chaiyok...

Friday, April 3, 2009

slowtalk singgit

aku mmg suka makan buah durian. sedap x terkata. blh abiskan beberapa bijik sorg2. tp bile aku nmpk buah durian, tiba2 aku teringat 1 cite.
Ada la satu masa dl2, aku n kak jam g pasar malam hr selasa kat taman tas. bile smpi je, masing2 da plan x nak beli mknn byk2 sbb takut membazir so kitorg bwk duit akla kadar je la. pusing punye pusing beli makanan tba2 kitorg ter"lalu" kat tmpt jual buah2n n ternmpk la buah durian. masing2 tba2 excited gle nak beli so pilih punye pilih dpt la 5 bji durian n harganye RM25. tba2 ms nak membayar, baru la teringat g kitorg bwk duit ala kadar je n lepas kira2 duit yg ada, cuma tinggal RM24 je. ape lg, kitorg slowtalk kurangkan singgit dr mamat tu smbil tergelak2 nak cover malu. heheheheh.. mamat tu lak yg ala2 segan bile kitorg mintak kurang tu.
moral of the story : sila la bawa duit extra bile shoping walaupun cuma kat pasar malam... @ sila la jgn beli durian kalo rs duit x cukup.. (^_^)