CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 20, 2010

tempat baru... orang baru... keje baru...

19 mac 2010 - kul 0500H aku da bangun da. abah n adik pun da bangun mandi n bersiap-siap. pagi ni diorg akan ikut aku naik flight MH 1263 dari Kuantan ke Kuala Lumpur kul 0650H. Dua2 nak anta aku sampai KL. Ni 1st experience aku n adik aku naik flight. Nama je keje da bertahun tapi x penah naik MAS or Air Asia. Hehehe. Kul 0730H da selamat mendarat n kene tunggu my sis datang amik lak.
Kul 1000H kak ina sampai then kitorg g makan kat nilai. Luggage2 aku simpan kat tempat simpanan n kene RM60 for 2 beg troli saiz besar n 1 beg saiz M n 1 beg galas. Petang dalam kul 1530H, kitorg otw anta aku semula g KLIA.
Kul 1600H, aku amik boarding pass n stay kat situ sambil tgu kul 1815H for time masuk. Abah, kak ina, pakwe dia n adik tunggu gak sambil dengar announce untuk flight yang akan fly ke merata dunia.
kul 1815H, x de dengar pun panggilan untuk flight g labuan. 5 minit pastu pun x de gak n kak ina kata tunggu diorg announce sbb maybe aircraft x ready lg. 1825H aku da tak sedap ati.. aku g je kat balai berlepas.. tiba2 da dengar panggilan akhir untuk pesawat MH2636 ke labuan. OMG... gelabah la sbb pntu masuk A6 tu jauh gile. Pastu dengar diorg announce nama aku lak. Lagi la super lari aku kejar gate tu. Alhamdulillah, nasib baik sempat naik flight. N seat aku satu baris dengan orang yang aku kenal. (^_^).
Kul 2100H, alhamdulillah, selamat gak sampai ke Wilayah Persekutuan LABUAN. N hari isnin ni bermula la keje aku kat tempat baru n suasana baru.. semoga semuanya berjalan lancar..... amin.

Saturday, February 13, 2010

dugaan 2010

bismillahirahman nirrahim. da 2 bln aku tgalkan dunia blog sbb sibuk sgt dengan keje. ada gak a few story yg jadi dlm hdup aku. hr ni ada sesuatu yg berlaku kat aku. pg td aku dapat signal utk ditukarkan ke labuan n aku agak seronok la sbb aku agak berharap utk keje kat sana. ada beberapa reason knape aku nk sgt g. tp tup tup ptg tu aku eksiden. sedihnye tgk bf aku ni.
da kemek da.
aku nak g bdr utk wat confirmation game bowling. smpi kat tempat kejadian, tba2 kete myvi kat bwh tu brek mengejut. dummm.... da kemek. rupe2nye kat dpn myvi tu ada lg 2 kete yg brek mengejut gak tp kete diorg x de ape2. bende da ditakdirkan nak jadi.
ni la kete myvi tu. hmmm... aku kne bersabar banyak2. harap2 kete aku tu ok.

Thursday, December 24, 2009

Hepi day

Alhamdulillah, smua 10 student da go through this course dengan jayanya.
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah...

Tuesday, December 22, 2009

Akhirnya....

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana Kau telah membuka pintu rezeki ku dan aku berdoa semoga Kau buka pintu rezeki ku seluas-luasnya. Amin. Aku da berjaya tamatkan kursus kali ni tp 3 org kwn aku terkandas lg n hope akan diberi peluang sekali lg esok. aku harap semua dapat go through cse ni dengan jayanya. Insya Allah...

Wednesday, December 9, 2009

da tak lama da

aku tak mempersoalkan kenapa hati aku berdebar-debar dua tiga menjak ni.
memang.... menunggu hari.. da x lama lg da.
Ya Allah, terangkan hati dengan Nur dan Hidayah-Mu,
mudahkan lah semua urusanku,
berikan lah aku kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya.
Semoga aku berjaya menghadapi ujian-Mu ini.
Pada Mu sahajalah aku memohon, meminta pertolongan dan mengadu.
Amin.
update entry - Final on 17 dec n 21 dec 2009.

Thursday, December 3, 2009

Kembali pada Pencipta

Takziah aku ucapkan pada kak j.u.l.i.e.t sebab telah kehilangan ayahandanya pada tengahari semalam. Aku tumpang simpati dan harap dia banyakkan bersabar hadapi ujian ni n semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Aku pun pernah kehilangan ibu2 aku... ibu kandung masa aku 2 thn, ibu tiri ( layanan mcm ibu kandung) tahun 2004. Sebab tu aku pun merasa kehilangan bile orang2 yang dekat dengan aku kehilangan orang2 yang diorang sayang. Ada Kasih sayang yang tak dapat ditukar ganti dan tak dapat dibayar dengan air mata darah sekalipun... kasih sayang ibu bapa dan orang yang menjaga kita...

Sunday, November 29, 2009

Hikmah...

Hopefully masih tak terlewat untuk aku ucap salam Aidiladha untuk semua. Semoga semuanya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki n diberi kebahagiaan n kesihatan yang berkekalan. Aidiladha tahun ni sangat bererti buat aku n family aku sebab kitorg dapat jumpa dengan orang yang penah "hilang" dari hidup kitorg. Da lama aku tunggu saat ni. (^_^). Setiap ape yang berlaku ada hikmah disebaliknya.