Thursday, December 24, 2009
Hepi day
Posted by sayang at Thursday, December 24, 2009 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
Akhirnya....
Posted by sayang at Tuesday, December 22, 2009 0 comments
Wednesday, December 9, 2009
da tak lama da
Posted by sayang at Wednesday, December 09, 2009 2 comments
Thursday, December 3, 2009
Kembali pada Pencipta
Posted by sayang at Thursday, December 03, 2009 0 comments
Sunday, November 29, 2009
Hikmah...
Hopefully masih tak terlewat untuk aku ucap salam Aidiladha untuk semua. Semoga semuanya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki n diberi kebahagiaan n kesihatan yang berkekalan. Aidiladha tahun ni sangat bererti buat aku n family aku sebab kitorg dapat jumpa dengan orang yang penah "hilang" dari hidup kitorg. Da lama aku tunggu saat ni. (^_^). Setiap ape yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Posted by sayang at Sunday, November 29, 2009 0 comments
Monday, November 9, 2009
Bile demam tak buleh g sekolah.....
Hape malas tahap ke tujuh ni. Dah dekat 2 bulan tp aku x update ape2 pun walhal banyak bende yang jadik. Ni gara2 sibuk amat x sempat. Dengan life aku yang ala2 x sempat nak bernyawa, dengan kesihatan yang 2 3 menjak ni amat membuatkan aku berehat panjang dari student life sampai naik borin n mcm nak masuk kelas je. K la, latest dari aku, sekarang aku tgh cuti sakit sbb kene demam campak. Aku tgh cuti sakit selama 6 hari sampai hari rabu ni n hari khamis baru buleh masuk kelas smula. Org kata aku kene demam campak budak @ demam campak air @ mana2 pun buleh... ala yang kuar bintik2 merah yang gatal x hengat tu. N yang menambahkan malas aku ialah sekarang dah start musim ujan so keje aku adalah berada di bilik walaupun lapar. Sekarang ni pun tgh lapar so memandangkan ujan da stop ni so aku akan kuar cari mknn n air kelapa... nom..nomm.. nommm.... (mcm penah dengar jer ayat ni... hahahhaha.. aku pun fanatik bercafe kat FB)
Posted by sayang at Monday, November 09, 2009 7 comments
Labels: personal
Saturday, September 19, 2009
Esok raya
Posted by sayang at Saturday, September 19, 2009 6 comments
Thursday, September 17, 2009
go.. go.. go... genting
Ada satu wekend tu, aku join member2 aku travel.. hahhaa.. bknnye g jauh mane pun.. travel g genting jek. go.. go.. go.. genting. ok gak la, muleh la aku release kan sikit stress dlm kepala aku ni. blh gak la aku tinggalkan MR. STRESS tu kat tempat sejuk ni. Actually aku da lama sangat da x naik genting. bertahun gak la. last bile ek.. jap aku nak pk.......................... "susahnye nak recall, nampak sgt aku dah lama x g genting, tu yang memori agak sukar diingati". Lepas drive beratus-ratus KM, sampai gak aku kat cabel car genting ni tp mak aiii, ramai gilers org beratur nak naik cable car tu... aku rasa ada la dekat sejam gak menunggu barisan... sabar bebanyak... 

tengok tu.. aku lg tinggi dari pokok yang dah bertahun-tahun hidup tu so bayangkanlah betapa tinggggggggggiiiii nye aku. tp cable car ni yang terpanjang di asia kot "kalo x silap aku la. tu la, sejarah maleh nak ingat. da tentu2 la aku da baca masa kat bawah td. ape la.."
Alhamdulillah... sampai pun dengan selamatnye kat atas. so ape lg.. ronda2 la.....
"sayupnye bangunan hotel ni"










Dah time murah dah so lpas bli tiket kat kaunter depan, jeng.. jeng... jeng... kitorg start aktiviti menguji mental dan fizikal.
Ni kitorg main ape ntah namanya. Kayuh.. jgn x kayuh..
Korg pernah tengok tak bateri energizer yang paling besar dlm dunia. Bateri tu ada kat Genting ni ha. Comel giler. Excited lak aku mengambik pic bateri tuh.

Da puas mengayuh sampai naik muscle kaki aku ni, ada member aku paksa aku naik menatang ni. Argghhhhhh.... cuaknye. Tengok kat bawah macam best je tp seram sejuk gak la aku rasa beratur menunggu turn. Nape la korg gatal nak naik menatang ni??? da x de game lain da ke yang korg rasa nak main ha??????

Menatang ni namanya Space Shot. Huiiiii... aku rasa jantung aku tertinggal kat atas. Best memang best tp akibat bermain game tersebut, aku telah mengalami sakit badan terutamanya kat bahu aku ni sbb dolu2 soket bahu aku pernah terkeluar masa kadet. Lepas trun je dari game ni, terus bahu aku rasa semacam n sangatlah-tak-selesa. Aduhhh....
Korang buleh bayangkan ape menatang ni x? Ni lah rollercoster yang aku pun cuak gak. "semua game aku cuak, ape je yang aku x cuak kat cni?" Giler betul la main menatang ni.

Dah puas pusing2 kat theme park, kitorg jalan2 lak sambil mencari makanan. Tiba2 aku ternampak view ni. Cute je katun tu tersangkut kat pokok sambil pegang sebatang aiskrim. hehehehehe.


Masa ni dah otw trun. Da nak balik dah. Next time buleh datang lagi.


Tiba2 aku nampak replika bunga Raflesia ni. Cepat je tangan aku nak snap. Penat tp best jalan2 kali ni. Next time buleh datang lagi. Posted by sayang at Thursday, September 17, 2009 5 comments
Wednesday, September 16, 2009
aidilfitri
Aku amik kesempatan ni nak ucapkan Salam Aidilfiri wat semua rakyat malaysia terutamanya member2 blog aku ni. Maafkan semua salah silap aku sama ada sedar atau tak. Kalau ada coretan blog aku mengguris ati sape2, aku betul2 mintak maaf sbb aku x sengaja. Wat sapa2 yang sakit ati kat aku tu, semoga Allah berikan hidayah kat korang. Sudah2 lah buang masa korang sakitkan hati sendiri sbb aku jenis malas nak fikir bende2 yang buleh membuatkan hati aku sakit. Aku sayang diri sendiri. Pada suami2 orang, walaupun korang ada awek ke ape ke, jangan la abaikan umahtangga korang dek pompuan lain. Buat isteri2 orang, sebelum tunjuk jari kat suami atau perempuan lain, muhasabah la dulu diri korang, jangan cepat nak melenting. Buat awek2 orang, jangan over ye, nanti kne serbu dengan bini orang, pandai2 la ye. hehehe. Pada aku, dalam dunia ni, x de orang yang sempurna. So sekali lagi, aku mintak maaf zahir dan batin. Yang mana yang akan memulakan perjalanan jauh, hati2 di jalan raya. Sayangi diri sendiri sebelum sayang orang lain. (^_^)
Posted by sayang at Wednesday, September 16, 2009 1 comments
Monday, September 14, 2009
Al-Fatihah
Posted by sayang at Monday, September 14, 2009 1 comments
Sunday, September 13, 2009
schedule di bulan puasa
Bulan puasa ni aku adalah sangat sibuk. Nak online pun x sempat. Mana taknye... bulan puasa ni kan setahun sekali.
0430H : Bangun pagi nak bersahur la. So kne la panaskan lauk yang ayahanda aku beli ptg sebelumnye kat bazar ramadan (sama ada bazar kat jaya gading @ stadium @ masjid besar @ taman tas-pilih salah 1). Acara panas memanas tu adala setengah jam ikut tahap kemamaian aku waktu pg n bape jumlah lauk yg ada.
0500H-0530H : Waktu bersahur. Bismillah.... Lepas je aku mkn, aku akan mengemas n membasuh segala pinggan mangkuk n peralatan memasak n kemas dapur gak la. Pastu aku siap2 nak g sembahyang subuh kat masjid "masjid adalah sangat dekat ye + ayahanda aku ajak g + ni adalah schedule on wekend je." Kalo weekdays, lepas mengemas dapur, aku drop ayahanda aku kat masjid then aku terus balik base sbb aku kne siap2 lak nak g sekolah kul 7 pg.
0700H-1500H-1530H : Ni time aku berada di sekolah @ tempat aku kursus. Pun x sempat gak nak online sbb jadi student adalah sangat bzzzzzzz. Masuk simulator wat controlling, pastu abis je sequence, tukar position lak jadi pilot "kne la jadi 2-3 kali untuk makesure member blh wat controlling lak". Pastu tukar position wat coordinator lak. selalunya kitorg x sempat nak rest, tp x pe, kitorg layannnnn jeee laaaaa".
1530H : Balik bilik untuk rest jap n wat ape yang patut.
1600H-1800H : Masa ni aku akan balik umah, amik ayahanda then bawak g bazar untuk beli menu berbuka, menu sahur n singgah la mana2 yang abah nak singgah. Then balik umah dgn penuh harapan agar jln kat depan umah aku tu jgn la jem walaupun aku tau ptg2 mmg akan jem kat ctu. huhuhu....
1800H : Sampai umah, terus siap2kan ape2 yang patut. masak air. potong buah. hidang lauk. bla.. bla.. bla..
1915H : Masa berbuka... Takat ni aku berjaya kawal nafsu makan aku lg. X de la tahap nak makan semua bebanyak..
1945H - 2015H : Masa mengemas n menunaikan tanggungjawab sebagai manusia then siap2 nak g masjid untuk solat Isyak n Terawih lak.
2015H -2145H : Masa untuk beribadat...
2145H - 2330H : Balik anta abah, then aku balik base sbb ada prep malam. Study la dgn kengkawan.
2330H : balik dari class, singgah mess tukar baju then balik umah.
0001H : Mata-mengantuk-giler. Sleep time.
Kalo wekend lak, aku akan kuar dgn ayahanda lg awal. Lepas zohor kitorg dah kuar tp tetap balik ala2 time yang sama macam hari biasa. Macam tu la schedule aku sepanjang bulan ramadan ni. So cube korg bgtau bile aku buleh online?
Posted by sayang at Sunday, September 13, 2009 2 comments
haku.. sibuk
aku adalah sgt sibuk sampai nak bukak internet pun x smpat. student zaman sekarang kne advance.. penat gle. nnt aku story schedule aku sebagai sorg student di bulan puasa ni. kang ada yang x cayo lak.. hehehehe. ada gak beberapa event yg aku sempat wat pun akan aku update kan bile berkesempatan. "bestnye dapat masukkan entry dlm blog. bahagia je rasanya.."
Posted by sayang at Sunday, September 13, 2009 4 comments
Friday, September 4, 2009
lonnnnngggggg weeeekenddddd
Last week long wekend sbb hari merdeka... mgu ni long wekend sbb Nuzul Al-Quran... best gler... sebenarnya susah nak dapat wekend since jd student ni tp bile dah dapat ni, alhamdulillah. Theory phase ni sebenarnya aku n cosmate aku x blh wekend n ms practical phase nnt cuma blh sebulan sekali.. tp bile kita dapat bende yang susah kita nak dapat tu, msti kita akan hargainya kan.. yahuuuu "cosmate aku ceria je skrg ni sambil menunggu jam berdetik... tik... tok... tik.... tok.. sbr la ye kwn2.. ada lg sejam 15 minit time nak balik wekend.. huhuhuh"
Posted by sayang at Friday, September 04, 2009 3 comments
Sunday, August 23, 2009
grad batco nite
Antara VVIP yg dapat hadir...
pic atas : aku dgn mizahpic bawah : aku dgn faezah
"aku ada amik pic lain tp maleh nak upload. hehe"

Ni antara menu yg dihidangkan. "sup ni tawar ckit ke aku yang x makan masin??"

sebelum..... "sengaja aku x nak makan nasi so aku buleh la mkn lauk byk.. lalalla"
selepas.... "licin gak pinggan aku"
puding kastard pisang ni pun ok gak.. nyum.. nyum...

Posted by sayang at Sunday, August 23, 2009 5 comments
Saturday, August 22, 2009
puasa
Posted by sayang at Saturday, August 22, 2009 1 comments
Friday, August 21, 2009
1 minggu
sibuknye aku seminggu ni sampai x sempat nak update blog. hr isnin 17 Ogos, task emcee berjalan dgn lancar, alhamdulillah. ptg continue dgn class n mlm ada dner graduation nite BATCO 25/2009. Diorg wat kat Grand Continental Hotel. Hr selasa class mcm biasa n da start prep mlm. Hr rabu mlm ada Futsal, BATCO yang organize. Khamis class lg dan lg dan lg. Mlm ada bacaan yasin kat surau n mlm tu ujan lebat + petir + kilat sabung menyabung = blackout. Adoh.. mcm mn nak study?? Hr jumaat ada progress test subjek APC. huhuhuh... exam... study... exam... study... exam.... student... student...
Posted by sayang at Friday, August 21, 2009 0 comments
Sunday, August 16, 2009
topeng muka

oo.. ye.. hari ni aku menyahut saranan kerajaan dan kementerian kesihatan malaysia agar memakai topeng muka apabila keluar dari rumah. Ayahanda aku pun ikut sama. so sehari suntuk memakai topeng n sangat lah rimas sebab bile berpeluh, susah btul nak lap.
Lepas pasar pagi - bekpes mee celup - mydin - pasaraya the store - megamall - kamdar - rumah - mes. Haa.. hamek.. punye la banyak langkah yang aku wat hr ni. Agak penat sikit tp best. Ooo ye.. skrg aku agak lapar. Tu lah td sebelum nak balik mes, abah dah suruh aku amik kuih muih yang ada tp memandangkan aku tgh kenyang lagi so aku amik sikit je. Lapar.. lapar.. so kne masak mihun tom yam la (korang jangan salah sangka ye, aku masak mihun segera tu jer. X de maknanye nak memasak sbb kat blik adalah dilarang memasak ye. cuma wat x salah, kantoi je salahnye).Posted by sayang at Sunday, August 16, 2009 4 comments
Saturday, August 15, 2009
x sihat lg
Tak banyak yang aku wat hari ni sbb aku x berapa sihat sgt lg.
Still fever n sore throat n selsema tp dah kurang ckit dah.
dah mkn ubt.
So aku byk tdo je hr ni except pg je kuar jap bwk kwn2 dari labuan g brunch kat restoran zaman.
Sore throat ni wat aku mls ckit nak bercakap sebab perit jer tp ni bkn halangan utk aku online FB n blog kan... kan.. kan.... (^_^)
Posted by sayang at Saturday, August 15, 2009 0 comments
Friday, August 14, 2009
caiyok...
Hari ni x de class so aku n csemate wat persiapan utk opening cse n aku kne siapkan script emcee. huhuhu.. aku adalah emcee utk event hr isnin ni ye. pastu sempat la run simulator SIMEX 2 then br g auditorium, tgk ape2 yang patut. ptg x de ape2. tp ptg tu aku g Pejabat Perkhidmatan dan Penilaian Harta, amik surat pasal rumah aku tu dah siap dinilai. Alhamdulillah. So aku kne tgu next week utk next step. Mcm mn aku nak mintak release dgn KS aku ek? Nak kne anta borg segala borang ni ke MINDEF then Putrajaya. Camne ek? Sebenarnye ada sorg kwn aku yang betul2 berjasa n byk tlg guide aku dlm proses beli rumah ni. Terima Kasih Kapt Hairul Nizam TUDM. Kalo dia x bgtau, memang aku x sure nak watpe. Dia mmg byk tlg aku. Really appreciate it. Nnt sy belanja awak mkn ek. Hehehe... entry kali ni x de moral of the story.
Posted by sayang at Friday, August 14, 2009 3 comments
oo... oooo..
Oh no... Sore throat... ehemmmmm... flu... sneeze.... achouww... sneeze..
oh no... aku dah cuak...
tp x de la tahap gelabah..
aku rasa simptom2 ni terjadi sebab aku kurang minum air masak dalam keadaan cuaca yang kurang sihat ni...
lg pun antibodi melawan penyakit aku masih di tahap tinggi...
huhuhu... sedap-kan-ati-sendiri.
Moral of the story - Ikutlah nasihat doktor.
Posted by sayang at Friday, August 14, 2009 2 comments
