CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

time and u...

there is time i feel so comfortable with u.
there is time im feel great to have u.
there is time im feel im really need ur shoulder.
there is time i feel sad for u.
there is time i feel my heart hurt because of u.
there is time i want be there for u.
there is time i cried because of u.
there is time im really need u to be my soul
but i think there is time i will leave u for ur happiness...
and i want u know that im lucky to have time knowing u...

forgive me...
()" *"()
( 'o' )
(,,)=(,,)

Thursday, October 7, 2010

memendam rasa

lama-lama aku makin x paham. banyak hal yang aku x paham. semua da luahkan n dari luahan2 tu nmpk mcm sangat mengharap pemahaman orang lain tp jadi lg hal yang sama. aku sedar yg aku ni ibarat semut yg sangat halus, yang x berbunyi pun bila bersuara, yang bersuara tp tenggelam dalam hiruk pikuk alam. tp asyik aku je yg terkena n luahan2 lain yg hingar bingar td x membawa ape2 makna n perubahan. makin aku x paham. untuk sedapkan hati, aku mengharapkan agar ianya halal n Allah Maha Mengetahui segalanya.

Tuesday, September 21, 2010

ikhlas dari hati

dulu2 aku bercita2 nak tulis hr2 blog aku ni tp apa kan daya, atas kekangan kerja dan keadaan sekeliling membuatkan aku agak sibuk dan ini membuatkan blog aku mcm biskut.. kdg2 crita br kd2 maintain yg lama. sekarang keadaan kesihatan aku agak tidak memuaskan disebabkan oleh perubahan cuaca yang telah mnebabkan aku diserang selsema dan sakit tekak serta sakit kepala. tp aku paksa juga utk mengupdate life aku kat sini.

hmmm... untuk menjadi penasihat tentang LELAKI, kdg2 aku rasa tu kepakaran aku tp sebenarnya aku pun masih memikirkan tentang LELAKI. selama ni adakah aku terlupa dimana aku berdiri sehinggakan aku seperti memaksa diri aku menyukai insan bergelar LELAKI? dlm hidup aku, LELAKI yang betul2 aku sayang adalah ayah aku. dia sentiasa menerima setiap kekurangan aku seadanya tanpa mempersoalkan siapa aku dan sentiasa berusaha menjaga hati aku walaupun aku pernah buatkan dia menangis. aku tak akan lupa tentang tu.

tp selain dari abah, aku juga pernah dan cuba menyayangi dan menerima LELAKI lain dalam hidup aku tapi selalunya aku alpa. walaupun da byk kali aku kecewa, mengecewakan dan dikecewakan tp aku x pernah serik mencari LELAKI yang betul2 dapat menerima aku seadanya. maafkan aku kerana aku penuh kekurangan dan tak sempurna.

bila aku da byk melukakan hati sendiri, adakah kali ni aku akan menghiris lg hati aku yang da byk parut ni?? adakah tindakan aku kali ni di atas paksi kematangan akal fikiran atau masih mengikut telunjuk nafsu? adakah aku perlu menjadi diri aku sendiri? adakalanya bila aku diperlukan, terlalu indah aku rasakan tetapi bila sedikit demi sedikit hati aku terhiris, aku rasa aku x mampu nak terima LELAKI lain buat masa sekarang ni.

Hidup berdua itu amat indah bila disulam dengan kepercayan dan saling memahami, menghormati dan menyayangi tp hidup berseorangan juga indah kerana cuma hati ini sahaja yang perlu aku jaga. luka luaran senang sembuh tapi luka dalaman, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Aku tidak akan memaksa kerana aku tahu dunia kau dan aku berbeza.

Pada Allah sahaja aku berserah, memohon pertolongan, petunjuk dan mengadu. Maafkan lah aku kerana meluahkan. aku tak cukup kuat dan lantang untuk mempertahankan hati dari terluka lagi dan aku x sanggup kalau aku akan melalui kesakitan itu lagi. lain kali mungkin aku akan meluahkan lagi isi hati aku tentang lelaki dan ini adalah pendapat dan luahan aku sendiri. dengan cara ni aku boleh bina kekuatan untuk membina tembok setebal dan sepanjang tembok besar china dlm hidup aku untuk LELAKI. Aku akan lagi tabah dengan cara ini.

MAAFKAN LAH AKU LELAKI..

Friday, August 20, 2010

boleh ke???

ada org penah tanya...
" ko x menyesal ke kalo tiba-tiba orang yang ko sayang hilang dari pandangan mata
n jadi milik orang lain
sedangkan ko x penah berterus terang pasal perasaan ko kat dia?"
Ajal maut, jodoh pertemuan, semua Allah yang tentukan.
Mungkin aku kene berterus terang dengan dia tp mcm mana?
Boleh ke dia terima aku seadanya?
bimbing aku ke jalan yang betul?
bahagia kan aku?

Saturday, February 13, 2010

dugaan 2010

bismillahirahman nirrahim. da 2 bln aku tgalkan dunia blog sbb sibuk sgt dengan keje. ada gak a few story yg jadi dlm hdup aku. hr ni ada sesuatu yg berlaku kat aku. pg td aku dapat signal utk ditukarkan ke labuan n aku agak seronok la sbb aku agak berharap utk keje kat sana. ada beberapa reason knape aku nk sgt g. tp tup tup ptg tu aku eksiden. sedihnye tgk bf aku ni.
da kemek da.
aku nak g bdr utk wat confirmation game bowling. smpi kat tempat kejadian, tba2 kete myvi kat bwh tu brek mengejut. dummm.... da kemek. rupe2nye kat dpn myvi tu ada lg 2 kete yg brek mengejut gak tp kete diorg x de ape2. bende da ditakdirkan nak jadi.
ni la kete myvi tu. hmmm... aku kne bersabar banyak2. harap2 kete aku tu ok.

Thursday, December 24, 2009

Hepi day

Alhamdulillah, smua 10 student da go through this course dengan jayanya.
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah...

Tuesday, December 22, 2009

Akhirnya....

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana Kau telah membuka pintu rezeki ku dan aku berdoa semoga Kau buka pintu rezeki ku seluas-luasnya. Amin. Aku da berjaya tamatkan kursus kali ni tp 3 org kwn aku terkandas lg n hope akan diberi peluang sekali lg esok. aku harap semua dapat go through cse ni dengan jayanya. Insya Allah...

Wednesday, December 9, 2009

da tak lama da

aku tak mempersoalkan kenapa hati aku berdebar-debar dua tiga menjak ni.
memang.... menunggu hari.. da x lama lg da.
Ya Allah, terangkan hati dengan Nur dan Hidayah-Mu,
mudahkan lah semua urusanku,
berikan lah aku kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya.
Semoga aku berjaya menghadapi ujian-Mu ini.
Pada Mu sahajalah aku memohon, meminta pertolongan dan mengadu.
Amin.
update entry - Final on 17 dec n 21 dec 2009.

Thursday, December 3, 2009

Kembali pada Pencipta

Takziah aku ucapkan pada kak j.u.l.i.e.t sebab telah kehilangan ayahandanya pada tengahari semalam. Aku tumpang simpati dan harap dia banyakkan bersabar hadapi ujian ni n semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Aku pun pernah kehilangan ibu2 aku... ibu kandung masa aku 2 thn, ibu tiri ( layanan mcm ibu kandung) tahun 2004. Sebab tu aku pun merasa kehilangan bile orang2 yang dekat dengan aku kehilangan orang2 yang diorang sayang. Ada Kasih sayang yang tak dapat ditukar ganti dan tak dapat dibayar dengan air mata darah sekalipun... kasih sayang ibu bapa dan orang yang menjaga kita...

Sunday, November 29, 2009

Hikmah...

Hopefully masih tak terlewat untuk aku ucap salam Aidiladha untuk semua. Semoga semuanya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki n diberi kebahagiaan n kesihatan yang berkekalan. Aidiladha tahun ni sangat bererti buat aku n family aku sebab kitorg dapat jumpa dengan orang yang penah "hilang" dari hidup kitorg. Da lama aku tunggu saat ni. (^_^). Setiap ape yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Saturday, September 19, 2009

Esok raya

Esok raya tp sekarang ni aku sibuk godek blog n bukak facebook. Haa... jgn ingat aku x wat keje tau.. sehari suntuk aku mengemas rumah.. tiap2 tahun aku sain contract kalo raya, aku kemas umah, kakak n adik aku memasak. hehehhee.
Slm aidilfitri.
Ya Allah... Bulan Ramadan yang mulia ini akan meninggalkan kami.
Ampunkan dosa-dosa kami,
terimalah doa kami,
ibadah puasa kami,
sedekah kami
dan
amalan yang telah kami lakukan.
Dan berilah kami kesempatan untuk
menyambut nikmat Ramadan yang akan datang.
Amin.

Thursday, September 17, 2009

go.. go.. go... genting

Ada satu wekend tu, aku join member2 aku travel.. hahhaa.. bknnye g jauh mane pun.. travel g genting jek. go.. go.. go.. genting. ok gak la, muleh la aku release kan sikit stress dlm kepala aku ni. blh gak la aku tinggalkan MR. STRESS tu kat tempat sejuk ni. Actually aku da lama sangat da x naik genting. bertahun gak la. last bile ek.. jap aku nak pk.......................... "susahnye nak recall, nampak sgt aku dah lama x g genting, tu yang memori agak sukar diingati". Lepas drive beratus-ratus KM, sampai gak aku kat cabel car genting ni tp mak aiii, ramai gilers org beratur nak naik cable car tu... aku rasa ada la dekat sejam gak menunggu barisan... sabar bebanyak...

Lepas beratur berpusing-pusing, dapat gak aku naik cable car ni. Ni adalah 1st time ye aku naik menatang yang tersangkut kat cable n melintasi pucuk2 pokok yang sayup2 ada kat bawah ni. sebenarnya yang aku dok g genting last-bile-tak-hingat tu, member aku drive kete aku yang 1.3 tu. masalahnye member aku tu expert memandu di kawasan pergunungan. aku nak bawak kete tu sampai atas???? alamatnye mcm x sampai je kang so daripada bakal menyusahkan diri sendiri n kete sendiri, lebih baik aku beranikan diri naik cable car ni. Gayat je rasanye. Ni kang kalo jadi ape2 kang sape nak jawab?????
tengok tu.. aku lg tinggi dari pokok yang dah bertahun-tahun hidup tu so bayangkanlah betapa tinggggggggggiiiii nye aku. tp cable car ni yang terpanjang di asia kot "kalo x silap aku la. tu la, sejarah maleh nak ingat. da tentu2 la aku da baca masa kat bawah td. ape la.."

Alhamdulillah... sampai pun dengan selamatnye kat atas. so ape lg.. ronda2 la.....
"sayupnye bangunan hotel ni"
masa ni x masuk lg theme park ni. sengaja tunggu time murah sbb bukan semua game kitorg nak main.. yeeee haaaaaa...

sementara menunggu time murah tu, aku jln2 menikmati pemandangan. Subhanallah... cantik betul ciptaan Yang Maha Esa. Enjoy the pic ye. Aku sengaja masukkan beberapa keping gambar yang bergoyang " ceh.. padahal aku x pandai nak edit pic2 tu walaupun Adobe n Photoscape aku ada"

Dah time murah dah so lpas bli tiket kat kaunter depan, jeng.. jeng... jeng... kitorg start aktiviti menguji mental dan fizikal.


Ni kitorg main ape ntah namanya. Kayuh.. jgn x kayuh..

Korg pernah tengok tak bateri energizer yang paling besar dlm dunia. Bateri tu ada kat Genting ni ha. Comel giler. Excited lak aku mengambik pic bateri tuh.

Da puas mengayuh sampai naik muscle kaki aku ni, ada member aku paksa aku naik menatang ni. Argghhhhhh.... cuaknye. Tengok kat bawah macam best je tp seram sejuk gak la aku rasa beratur menunggu turn. Nape la korg gatal nak naik menatang ni??? da x de game lain da ke yang korg rasa nak main ha??????
Menatang ni namanya Space Shot. Huiiiii... aku rasa jantung aku tertinggal kat atas. Best memang best tp akibat bermain game tersebut, aku telah mengalami sakit badan terutamanya kat bahu aku ni sbb dolu2 soket bahu aku pernah terkeluar masa kadet. Lepas trun je dari game ni, terus bahu aku rasa semacam n sangatlah-tak-selesa. Aduhhh....

Korang buleh bayangkan ape menatang ni x? Ni lah rollercoster yang aku pun cuak gak. "semua game aku cuak, ape je yang aku x cuak kat cni?" Giler betul la main menatang ni.
Game yang ni je aku x naik. masa tu dah sakit bahu + penin kepala + penat = x mo main dah.

Dah puas pusing2 kat theme park, kitorg jalan2 lak sambil mencari makanan. Tiba2 aku ternampak view ni. Cute je katun tu tersangkut kat pokok sambil pegang sebatang aiskrim. hehehehehe.

Pic bawah ni sebenarnya mesin ATM. Kitorg stress, masa otw nak g genting, susah betul nak cari mesin duit ni tp bile sampai kat atas, banyak lak. Eeee... geram dohhh.
Masa ni dah otw trun. Da nak balik dah. Next time buleh datang lagi.
Tiba2 aku nampak replika bunga Raflesia ni. Cepat je tangan aku nak snap. Penat tp best jalan2 kali ni. Next time buleh datang lagi.

Wednesday, September 16, 2009

aidilfitri

Aku amik kesempatan ni nak ucapkan Salam Aidilfiri wat semua rakyat malaysia terutamanya member2 blog aku ni. Maafkan semua salah silap aku sama ada sedar atau tak. Kalau ada coretan blog aku mengguris ati sape2, aku betul2 mintak maaf sbb aku x sengaja. Wat sapa2 yang sakit ati kat aku tu, semoga Allah berikan hidayah kat korang. Sudah2 lah buang masa korang sakitkan hati sendiri sbb aku jenis malas nak fikir bende2 yang buleh membuatkan hati aku sakit. Aku sayang diri sendiri. Pada suami2 orang, walaupun korang ada awek ke ape ke, jangan la abaikan umahtangga korang dek pompuan lain. Buat isteri2 orang, sebelum tunjuk jari kat suami atau perempuan lain, muhasabah la dulu diri korang, jangan cepat nak melenting. Buat awek2 orang, jangan over ye, nanti kne serbu dengan bini orang, pandai2 la ye. hehehe. Pada aku, dalam dunia ni, x de orang yang sempurna. So sekali lagi, aku mintak maaf zahir dan batin. Yang mana yang akan memulakan perjalanan jauh, hati2 di jalan raya. Sayangi diri sendiri sebelum sayang orang lain. (^_^)

Monday, September 14, 2009

Al-Fatihah

Aku tgh tgk cite Wira Angkasa "cite ni adalah masa zaman aku belum masuk service lg n cite ni pasal TUDM" kat TV2 ptg jumaat tu bile tba-tba tepon aku berbunyi.


"Beb, ko kat ne? Laki aku cakap ada PC7 crash kat Kelantan. Ko ada dengar cite ape2 x?"


"Astaghfirullah hal azim.. takat ni aku x de dengar ape2 pun lagi. Aku ada kat mes ni, tgh tgk tv tp x de lg kuar berita. X pe, ape2 aku bgtau kalo ada cite"


Tu lah perbualan aku dengan skot aku yang otw balik ke Gong Kedak. So aku pun sambung layan cite Wira Angkasa tu dalam keadaan berdebar2. Abis je cite tu dlm kul 1530H, aku pun siap2 nak balik umah n dengan harapan ada la berita jam 1600H kat TV3.

Tup2 sampai kat umah..


kul 1600H n kuar berita pasal sebuah pesawat PC7 crash n terbakar kat Langkawi Airport, 2 pilot terkorban. Innalillah... Aku terkedu.

Semoga Allah tempatkan

arwah Mej Mohd Rozaini Mohd Mustafa TUDM n

arwah Mej Mohd Zulkifli Hasan TUDM

di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah....

Thursday, August 13, 2009

bukak buku

Today dah start class.

Subject hr ni berkisar pada Approach Procedural Control (APC) sbb cse aku ni merupakan cse yang pertama combine APC and Radar.

So memandangkan dah pernah blaja pasal APC, muka aku n csemate smua ala2 'tekun' gak la sbb masing2 nak refresh smula je subject ni.

Class sampi kul 1245H then break lunch n masuk class smula kul 1430H.

Ptg pun ada class.

Mlm ada tahlil tp ada something yang agak menyakitkan ati aku, mizah and fae.

Ada 3 orang budak bersikap "kurang ajar" dengan. Stressssssssss....

Saturday, July 11, 2009

surat dari Z

A - masih bujang. seorg yg sgt komited pada keje n x blh luangkan masa utk Z. message cume 4 5 bulan sekali n kalo col pun, msti ada pertolongan yang diperlukan.

B - seorg yang komited juga pada keje tp sekurang2nya masih boleh meluangkan masa untuk Z tp kadang2 mengelirukan sbb Z penah nampak sesuatu tentang seseorang yang sudah berstatus "isteri" dengan B sedangkan Z rasa B masih bujang. bile lak dia kawin dengan sesorang itu dan walaupun B menerangkan bahawa B dan seseorang itu sudah tiada apa2 hubungan, macamana si B masih lagi menyimpan pic seseorang itu di dlm wallet.

C - Baru je lg berkenalan dengan Z n mengaku masih bujang sedangkan banyak sign yang Z rasa n nampak menunjukkan seperti C sudah berumah tangga. Z x tahu sama ada patut mempercayainya atau tidak.

Z sangat keliru dengan konflik yang dihdapinya n tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan kekusutan tersebut. Z kata inilah salah satu sebab kenapa dia mentup pntu hatinye tahun ni dari menerima A, B, C atau mana2 lelaki sbb Z tahu macamna pedih, perit, sakit n kecewa sekeping hati setelah dilukai.. sangat sukar untuk dirawat n Z berazam untuk tidak menyakitkan hatinya sendiri lagi...

Yang Benar

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, July 7, 2009

luahkan...

manusia ni byk sgt perangai n sangat lah sukar nak difahami. SUNGGUH. SANGAT SUKAR DIFAHAMI. memandangkan ada manusia yang mengalami masalah sukar berterus terang atau pun susah nak mengaku, situasi ni menyebabkan orang-orang berada berdekatan atau yang berkaitan dengan manusia itu pun dilanda kekeliruan. ada juga yang bersikap menipu diri sendiri dan oeg lain untuk mengelakkan masalah sendiri menjadi lebih besar dan menyesakkan minda dia. argggghhhhh.. aku bengang. KENAPA AKU JUMPA DAN MEMPUNYAI KAITAN DENGAN MANUSIA SPESIS NI?????????? Kawan-kawan adalah kawan-kawan n merupakan tempat yang sesuai untuk meluahkan masalah dan berkongsi perasaan (sekiranya dipercayai). tp kalo x percaya kat kengkawan, jgn la cite hal dalam kain kat kengkawan. (actually aku mengalami masalah lain tp saje je nak lepaskan perasaan pasal bende lain.. emosi agak terganggu n AKU KELIRU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)