CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 3, 2009

Cinta Suci Tak Perlukan Sebab

Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Aku masih mencintaimu dari dulu, kini, selamanya
dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat dan dipegang, namun begitu ia boleh dirasai dalam hati.
Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab.
Jika ada sebab, kesucian cinta itu boleh dipertikai.
Boleh mengambil cantik sebagai sebab,
suara yang merdu sebagai sebab dan
bentuk tubuh sebagai sebab,
tetapi sebenarnya cinta suci tidak memerlukan memerlukan itu semua.
Oleh itu berhati-hatilah apabila ada lelaki terlalu memuji-muji anda.
Dia mungkin mengatakan betapa terpesonanya dia melihat wajah anda yang jelita,
suara anda yang merdu serta bentuk tubuh yang menggiurkan.
Ingat ketika semua ciri ini telah tiada,
dia mungkin akan melupakan kata-katanya itu.
Sebaiknya pilihlah lelaki yang tidak terlalu memuji-muji anda,
dia memilih anda seadanya sebab
itu tanda bersedianya dia untuk
terus mencintai anda biar apapun keadaannya nanti.
Orang yang mudah memuji juga akan mudah mengeji.
Sesungguhnya cinta suci tidak memerlukan sebab.




(ptg td aku bc petikan kat ats dlm 1 magazine bahagian motivasi oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Sbnrnya ada 1 cerita tentang cinta suci tp terlalu panjang so kalo nak tau cite tu, blh bc dlm Mingguan Wanita bil 1321. Aku sgt tertarik dgn motivasi tu n aku harap dapat beri semangat pada semua tak kira lelaki atau perempuan. )

3 comments:

@tune® said...

yeap yeap..
kalau bersebab mcm xikhlas

misz eyeliner said...

betul.. betul.. betul sangat!!

sayang said...

(^_^) ni fakta yg x blh dinafikan oleh org2 yg dah jmpe cinta suci.. ahakkk.. i like it... walaupun aku x jmpe lg "seseorang" itu...