CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 28, 2009

dinner with JKO

27 may 2009, skn organise dinner dgn JKO, Mej Ahmad Tuah TUDM. Ramai gak la yg dapat menghadirkan diri. so acara mlm ni adalah makan.. nyum..nyum..nyum...
ni pinggan aku.. ngada x nak mkn nasi sbb buleh ratah lauk byk2 tp pun x bape selera gak...
ntah lah..

ni adalah JKO.. sedang menikmati hidangan yang disediakan... jemput makan tuan....
sebelah JKO.. Mej Zain TUDM...


ni adalah antara yang hadir..

lepas acara makan adalah acara karaoke kat teruntum.. tp JKO n beberapa org lg x dapat ikut sbb ada hal2 yg x dapat nak dielakkan. aku pun x amik pic kat tmpt karaoke tu sbb cahaya adalah kurang... event mlm tu abis kul 1.30 a.m.

Tuesday, May 26, 2009

argggghhhh.. bile aku nak update blog nih...

sorry.. lm dah x update blog.. hehehehe.. skrg ni sibuk tgh EX Bersama Shield smpi ujung bulan nih. sibuk giler sampai blog pun x sempat nak update. mcm2 hal jadi kat aku n org2 sekeliling aku terutamanya abah admitted HTAA tp dah balik umah dah. sory ye pada blogger yg lawat blog aku tp aku lmbt reply. sory sgt. jgn kecik ati na (^_^). nnt bile dah tenang ckit, aku akn update blog ni. lgpun skrg ni aku x sure broadband or laptop aku yg wat perangai. nasib baik aku tgh sibuk, kalo x mau aku penin pk sapa yg rusak.

Saturday, May 9, 2009

pengorbanan

hr ni 9hb bday kapt khairiani so aku nak wish hepi bday kat dia walaupun aku rasa dia x baca blog. wateva pun selamat hari lahir.. semoga sntiasa di bawah lndungan Allah.. smga di panjangkan umur n dimurahkan rezeki.. jgn nakal2 dah.. (^_^)





2nd thing, esok adalah hari ibu. walaupun aku dah lama x de ibu, tp aku tetap igt smua jasa n pengorbanan kedua2 arwah ibu aku. sbb tanpa kedua2nya, aku x kan jd mcm ni. walaupun aku da x de ibu, aku tetap nak ucapkan selamat hari ibu pada semua ibu2 yg ada diseluruh dunia. semua sgt bermakna. tanpa ibu.. siapalah kita...... rndu tetap mendalam.....


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasangan ku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sunday, May 3, 2009

Cinta Suci Tak Perlukan Sebab

Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Aku masih mencintaimu dari dulu, kini, selamanya
dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat dan dipegang, namun begitu ia boleh dirasai dalam hati.
Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab.
Jika ada sebab, kesucian cinta itu boleh dipertikai.
Boleh mengambil cantik sebagai sebab,
suara yang merdu sebagai sebab dan
bentuk tubuh sebagai sebab,
tetapi sebenarnya cinta suci tidak memerlukan memerlukan itu semua.
Oleh itu berhati-hatilah apabila ada lelaki terlalu memuji-muji anda.
Dia mungkin mengatakan betapa terpesonanya dia melihat wajah anda yang jelita,
suara anda yang merdu serta bentuk tubuh yang menggiurkan.
Ingat ketika semua ciri ini telah tiada,
dia mungkin akan melupakan kata-katanya itu.
Sebaiknya pilihlah lelaki yang tidak terlalu memuji-muji anda,
dia memilih anda seadanya sebab
itu tanda bersedianya dia untuk
terus mencintai anda biar apapun keadaannya nanti.
Orang yang mudah memuji juga akan mudah mengeji.
Sesungguhnya cinta suci tidak memerlukan sebab.




(ptg td aku bc petikan kat ats dlm 1 magazine bahagian motivasi oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Sbnrnya ada 1 cerita tentang cinta suci tp terlalu panjang so kalo nak tau cite tu, blh bc dlm Mingguan Wanita bil 1321. Aku sgt tertarik dgn motivasi tu n aku harap dapat beri semangat pada semua tak kira lelaki atau perempuan. )

Friday, May 1, 2009

OIAM

congrat TOMOK..
coz b One In A Million
n win 1 million
but esther n aweera pun bagus gak sbnrnye
vokal mantoppp
actually aku sokong esther
sbb aku suka vokal yg dia lontarkan
tp rakyat malaysia dah pilih tomok..
its ok..
adat bertanding
ada menang
ada kalah
(^_^)