CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 30, 2010

bday 2010

Alhamdulillah. syukur pada-Mu Ya Allah kerana aku masih
diberi kesempatan utk beribadah n beramal pada-Mu.
Smga thn ni lebih baik dari thn sblmnya n
smga keberkatan ramadan ni mendatangkan 1001 rahmat utk aku
n smga doa aku dimakbulkn Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah segala dosa-dosaku,
kuatkan lah imanku,
mudahkan lah segala urusanku,
murahkan lah rezekiku,
berikanlah kepadaku kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat,
sembuhkanlah semua penyakit ayahku,
panjangkan lah umur ayahku,
berikanlah ayahku kesihatan yang baik,
berikanlah ayahku kesempatan untuk
menghabiskan ibadah puasa pada tahun ini dengan sempurna,
ringankanlah aku daripada beban hutang yang aku hadapi Ya Allah,
bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya,
temukan lah aku dengan jodoh yang baik,
yang dapat menerima ku seadanya,
yang dapat membimbingku ke jalan-Mu,
yang dapat membahagiakan ku, Ya Allah.
Ya Allah, mudahkan lah segala urusan ahli keluargaku dan juga dia,
bukakanlah pntu rezeki mereka seluas-luasnya,
eratkanlah hubungan dia dengan bapa dan ibu-ibunya Ya Allah.
Pada-Mu jualah aku memohon, meminta pertolongan ,
mengadu dan berserah Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,
terangilah kubur arwah ibu-ibuku, datuk-datukku
serta semua org Islam yang telah meninggal dunia seterang-terangnya,
lapangkanlah kubur mereka selapang-lapangnya,
wangikanlah kubur mereka sewangi haruman syurga-Mu Ya Allah,
jauhkanlah seksa kubur dan siksa api neraka dari mereka Ya Allah,
masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu,
jauhkanlah kami dari api neraka-Mu,
pada-Mu jualah aku memohon, meminta pertolongan,
mengadu dan berserah Ya Allah.
Makbulkanlah doa hamba-Mu oyang lemah ini Ya Allah.
Amin.

Friday, August 20, 2010

boleh ke???

ada org penah tanya...
" ko x menyesal ke kalo tiba-tiba orang yang ko sayang hilang dari pandangan mata
n jadi milik orang lain
sedangkan ko x penah berterus terang pasal perasaan ko kat dia?"
Ajal maut, jodoh pertemuan, semua Allah yang tentukan.
Mungkin aku kene berterus terang dengan dia tp mcm mana?
Boleh ke dia terima aku seadanya?
bimbing aku ke jalan yang betul?
bahagia kan aku?

Sunday, August 8, 2010

datang lagi

Pejam celik pejam celik, aku bersyukur sangat pada Allah sebab dipanjangkan umur n diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan ramadhan tahun 2010 ni. Thn ni da 26 tahun aku sempat berpuasa walaupun zaman kanak2 dulu ada hari2 puasa sekerat hari, puasa mcm tak puasa. hehehe. semoga aku, abah, family aku, kwn2 aku, orang yang aku sayang dapat jalani ibadah puasa ni dengan penuh ketaqwaan n semoga ianya diterima Allah S.W.T n diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan yang penuh rahmat ni tahun depan, amin. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mengawal nafsu. (^_^) .

Monday, August 2, 2010

tahun ni aku jarang meng'update' kan blog. sibuk dengan banyak hal. hari ni pertama kali dalam hidup aku, aku dengar sorang lelaki amat mengharapkan restu mak ayah dia dalam membuat pilihan dalam hidup. Alhamdulillah, bg aku, dia betul. Syurga seorang isteri di bawah kaki suami tetapi syurga bagi suami terletak di bawah kaki ibu. Rasanya Aku tak pernah jmpe lelaki yang meletakkan ibu sendiri di atas semua pilihan n keputusan hidup. And aku doa kan semoga semuanya berjalan lancar bagi dia. Aminnn.....

Saturday, June 12, 2010

update sikit...

maaf.. da 3 bln mendiamkan diri dari dunia blogging. tempat baru ni buat diri aku sedikit sibuk dengan persekitaran, tempat keje, kwn2, perubahan cuaca n perubahan suasana.
tp keje aku tetap sama, kene make sure smua selamat berlepas, mendarat n terbang di ruang angkasa. agak sibuk membiasakan diri dengan tempat baru.
kat sini,
subuh da masuk jam 4.45 pagi,
kul 6 pg da start cerah mcm kul 7 pg,
zohor masuk dalam kul 12.45 tgh hr,
asar kul 3.40 ptg,
maghrib kul 6.30 ptg,
isyak 7.45 mlm.
lebih kurang mcm tu la waktu sembahyang kat sini.
cuaca mmg cantik. dari tempat keje, pg2 kul 6, kalo weather ok, blh nampak gunung kinabalu depan mata + matahari terbit. mlm2 nampak lampu2 bangunan yang cantik.
mknn kat cni pun 'ok' gak la walaupun mintak makanan lain tp yg sampainya x mcm yg dimintak. mintak kue teow ladna, yg sampainya kue teow ala2 sup. hehehehe. sbr je la. nasib ada encik Mc D, KFC n PizzaHut. Mcm mn nak kurus kalo dok mkn instant je.
Tp yg best gak kat cni, kemudahan utk bersukan n beriadah agak banyak n mlm2 pun blh nmpk org labuan berjoging, main futsal n main boling padang. So take granted dengan berjoging kat tmn botanical garden pg2 n ptg2 kalo x keje. Best.
Nnt ada masa, pic2 akan di upload. (^_^).
Sekian untuk kali ini........

Saturday, March 20, 2010

tempat baru... orang baru... keje baru...

19 mac 2010 - kul 0500H aku da bangun da. abah n adik pun da bangun mandi n bersiap-siap. pagi ni diorg akan ikut aku naik flight MH 1263 dari Kuantan ke Kuala Lumpur kul 0650H. Dua2 nak anta aku sampai KL. Ni 1st experience aku n adik aku naik flight. Nama je keje da bertahun tapi x penah naik MAS or Air Asia. Hehehe. Kul 0730H da selamat mendarat n kene tunggu my sis datang amik lak.
Kul 1000H kak ina sampai then kitorg g makan kat nilai. Luggage2 aku simpan kat tempat simpanan n kene RM60 for 2 beg troli saiz besar n 1 beg saiz M n 1 beg galas. Petang dalam kul 1530H, kitorg otw anta aku semula g KLIA.
Kul 1600H, aku amik boarding pass n stay kat situ sambil tgu kul 1815H for time masuk. Abah, kak ina, pakwe dia n adik tunggu gak sambil dengar announce untuk flight yang akan fly ke merata dunia.
kul 1815H, x de dengar pun panggilan untuk flight g labuan. 5 minit pastu pun x de gak n kak ina kata tunggu diorg announce sbb maybe aircraft x ready lg. 1825H aku da tak sedap ati.. aku g je kat balai berlepas.. tiba2 da dengar panggilan akhir untuk pesawat MH2636 ke labuan. OMG... gelabah la sbb pntu masuk A6 tu jauh gile. Pastu dengar diorg announce nama aku lak. Lagi la super lari aku kejar gate tu. Alhamdulillah, nasib baik sempat naik flight. N seat aku satu baris dengan orang yang aku kenal. (^_^).
Kul 2100H, alhamdulillah, selamat gak sampai ke Wilayah Persekutuan LABUAN. N hari isnin ni bermula la keje aku kat tempat baru n suasana baru.. semoga semuanya berjalan lancar..... amin.

Saturday, February 13, 2010

dugaan 2010

bismillahirahman nirrahim. da 2 bln aku tgalkan dunia blog sbb sibuk sgt dengan keje. ada gak a few story yg jadi dlm hdup aku. hr ni ada sesuatu yg berlaku kat aku. pg td aku dapat signal utk ditukarkan ke labuan n aku agak seronok la sbb aku agak berharap utk keje kat sana. ada beberapa reason knape aku nk sgt g. tp tup tup ptg tu aku eksiden. sedihnye tgk bf aku ni.
da kemek da.
aku nak g bdr utk wat confirmation game bowling. smpi kat tempat kejadian, tba2 kete myvi kat bwh tu brek mengejut. dummm.... da kemek. rupe2nye kat dpn myvi tu ada lg 2 kete yg brek mengejut gak tp kete diorg x de ape2. bende da ditakdirkan nak jadi.
ni la kete myvi tu. hmmm... aku kne bersabar banyak2. harap2 kete aku tu ok.