Selama ni kita selalu disajikan dengan entry2 yang menyentuh perasaan so kali ni aku nak muhasabah diri sendiri n org2 keliling aku tentang sesuatu yang jarang anak2 masa kini apply.
Entry ni aku pinjam dari Utusan Malaysia bahagian Bicara Agama. Semoga dapat memberi faedah kepada semua. Lagipun ni kira Istikarah untuk Bulan Ramadan yang bakal tiba.
Dalam menyentuh persoalan mengenai amalan sunah ini, anak-anak sewajarnya dibimbing oleh ibu bapa supaya mengaplikasikan adab-adab tersebut demi hubungan baik kekal terjalin dengan komuniti luar. Adab-adab yang dimaksudkan ini hendaklah mengambil kira beberapa etika di bawah ini, antaranya:
1) Adab memberi salam. Anak-anak sewajarnya diajar dengan adab pertama ini. Etika moral ini adalah citra kepada akhlak mulia iaitu lambang kesantunan diri sama ada ketika bertemu atau berkunjung ke rumah jiran tetangga atau sahabat mereka. Apatah lagi amalan memberi salam merupakan suatu yang sangat digalakkan sehingga disebut oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu diizinkan penghuninya. Maka hendaklah kamu memberikan salam kepada mereka. (An-Nur: 27).
2) Adab berjabat tangan. Adab ini juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. dan amalan para sahabat untuk menyatakan perasaan kasih, kegembiraan dan rasa hormat. Huzaifa ibnu Yaman menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Apabila dua orang beriman bertemu antara satu sama lain dan selepas memberi salam saling berjabat tangan, maka mereka dibersihkan daripada dosa mereka sebagaimana daun gugur dari pokok. (Riwayat at-Tabrani). Selain itu amalan berjabat tangan juga adalah lambang memohon maaf. Anak-anak seharusnya diajar bersalaman memohon maaf kepada rakan-rakan mereka dan jiran tetangga yang mereka kunjungi.
3)Adab memperkenalkan diri. Setelah memberi salam, ibu bapa juga hendaklah mengajar anak-anak agar memperkenalkan diri mereka sebelum masuk bertandang. Hal ini kerana sudah menjadi fitrah manusia yang lemah sifatnya, mudah salah anggap dan syak wasangka, apatah lagi jika tidak mengenali mereka. Tegasnya budaya memperkenalkan diri boleh mengelakkan sebarang bentuk fitnah atau salah faham tuan rumah terhadap kunjungan tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Jabir r.a. berkata: Suatu ketika aku menemui Rasulullah s.a.w. di rumah Baginda, kemudian aku mengetuk pintu rumahnya. Maka Nabi s.a.w. bertanya: ``Siapa itu?'' Maka aku menjawab: ``Saya''. Rasulullah s.a.w. bertanya pula: ``Saya? (saya tu siapa?)'' Nada suara Baginda seolah-olah tidak suka pada jawapanku itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Moral of the Story - Setiap yang baik tu datang Dari-Nya dan semua yang kurang tu datang dari diri kita sendiri. Fikir2 kan lah. Selamat Beramal.
Meniti kehidupan sebagai manusia tua
3 months ago
0 comments:
Post a Comment