Lepas sebulan berpuasa, esok hari raya.
Semoga Allah panjangkan umur aku,
bg aku kesempatan untuk jmpa lg kekasih hati
iaitu Ramadan yang seterusnya dan
bg aku peluang untuk menjalani ibadah dengan sempurna.
Sepanjang bulan puasa ni,
bila difikir-fikir kan secara matang dan mendalam,
aku nampak dan dapat banyak kelebihan dari
Allah dan Allah mudahkan kebanyakkannya untuk aku.
Ada masa2 aku sedih, aku yakin Allah itu ada,
Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Dia kemudiannya bagi aku kegembiraan tentang hal lain.
Walaupun ada masa2 aku tertekan,
bila mengadu Pada-Nya,
Dia sentiasa mendengar luahan hati aku n
memberikan aku ketenangan.
Bila aku keliru tentang sesuatu,
Dia sentiasa ada.
Allah tak pernah lupakan hamba-hamba-Nya
tapi manusia yang selalu lupakan
Yang Maha Pencipta.
Ya Allah, aku sangat bersyukur kepada-Mu atas
segala nikmat, cubaan dan dugaan yang Engkau berikan
dan aku doa semoga aku sentiasa di dalam
lindungan-Mu Ya Allah.
Semoga kehadiran Syawal tahun ni
memberikan beribu kebaikan buat aku
dan orang-orang yang aku sayang.
Semoga orang-orang yang aku sayang akan lebih menyayangi aku.
Insya Allah...
0 comments:
Post a Comment