CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 20, 2010

time and u...

there is time i feel so comfortable with u.
there is time im feel great to have u.
there is time im feel im really need ur shoulder.
there is time i feel sad for u.
there is time i feel my heart hurt because of u.
there is time i want be there for u.
there is time i cried because of u.
there is time im really need u to be my soul
but i think there is time i will leave u for ur happiness...
and i want u know that im lucky to have time knowing u...

forgive me...
()" *"()
( 'o' )
(,,)=(,,)

Friday, October 22, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

Thursday, October 7, 2010

memendam rasa

lama-lama aku makin x paham. banyak hal yang aku x paham. semua da luahkan n dari luahan2 tu nmpk mcm sangat mengharap pemahaman orang lain tp jadi lg hal yang sama. aku sedar yg aku ni ibarat semut yg sangat halus, yang x berbunyi pun bila bersuara, yang bersuara tp tenggelam dalam hiruk pikuk alam. tp asyik aku je yg terkena n luahan2 lain yg hingar bingar td x membawa ape2 makna n perubahan. makin aku x paham. untuk sedapkan hati, aku mengharapkan agar ianya halal n Allah Maha Mengetahui segalanya.

Saturday, October 2, 2010

ikhlas dari hati -2

mcm mn la nak bukak hati utk LELAKI kalo LELAKI yg diharap memimpin negara dan keluarga membuat sesuatu yg menghilangkan kepercayaan terhadap LELAKI walaupun bukan semua LELAKI macam tu. Kecewa!!!! :-( .... hari ni satu peristiwa yg seram dan mengerikan yg pertama kali jadi dalam hidup telah membuatkan aku bertambah fobia pada LELAKI walaupun aku tau x semua LELAKI berperangai mcm tu... yg meletakkan otak di lutut... yg meletakkan nafsu di tangga teratas mendahului iman dan fikiran yang matang.. yang mengaku mempunyai niat yang tidak baik terhadap insan lain dan mungkin yang tidak mempercayai bahawa Allah itu Maha Agung dan Maha Mengetahui setiap sesuatu yang tersirat dan tersurat. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Bila la hati aku dapat terima LELAKI lain selain dari ayah aku????

Tuesday, September 21, 2010

ikhlas dari hati

dulu2 aku bercita2 nak tulis hr2 blog aku ni tp apa kan daya, atas kekangan kerja dan keadaan sekeliling membuatkan aku agak sibuk dan ini membuatkan blog aku mcm biskut.. kdg2 crita br kd2 maintain yg lama. sekarang keadaan kesihatan aku agak tidak memuaskan disebabkan oleh perubahan cuaca yang telah mnebabkan aku diserang selsema dan sakit tekak serta sakit kepala. tp aku paksa juga utk mengupdate life aku kat sini.

hmmm... untuk menjadi penasihat tentang LELAKI, kdg2 aku rasa tu kepakaran aku tp sebenarnya aku pun masih memikirkan tentang LELAKI. selama ni adakah aku terlupa dimana aku berdiri sehinggakan aku seperti memaksa diri aku menyukai insan bergelar LELAKI? dlm hidup aku, LELAKI yang betul2 aku sayang adalah ayah aku. dia sentiasa menerima setiap kekurangan aku seadanya tanpa mempersoalkan siapa aku dan sentiasa berusaha menjaga hati aku walaupun aku pernah buatkan dia menangis. aku tak akan lupa tentang tu.

tp selain dari abah, aku juga pernah dan cuba menyayangi dan menerima LELAKI lain dalam hidup aku tapi selalunya aku alpa. walaupun da byk kali aku kecewa, mengecewakan dan dikecewakan tp aku x pernah serik mencari LELAKI yang betul2 dapat menerima aku seadanya. maafkan aku kerana aku penuh kekurangan dan tak sempurna.

bila aku da byk melukakan hati sendiri, adakah kali ni aku akan menghiris lg hati aku yang da byk parut ni?? adakah tindakan aku kali ni di atas paksi kematangan akal fikiran atau masih mengikut telunjuk nafsu? adakah aku perlu menjadi diri aku sendiri? adakalanya bila aku diperlukan, terlalu indah aku rasakan tetapi bila sedikit demi sedikit hati aku terhiris, aku rasa aku x mampu nak terima LELAKI lain buat masa sekarang ni.

Hidup berdua itu amat indah bila disulam dengan kepercayan dan saling memahami, menghormati dan menyayangi tp hidup berseorangan juga indah kerana cuma hati ini sahaja yang perlu aku jaga. luka luaran senang sembuh tapi luka dalaman, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Aku tidak akan memaksa kerana aku tahu dunia kau dan aku berbeza.

Pada Allah sahaja aku berserah, memohon pertolongan, petunjuk dan mengadu. Maafkan lah aku kerana meluahkan. aku tak cukup kuat dan lantang untuk mempertahankan hati dari terluka lagi dan aku x sanggup kalau aku akan melalui kesakitan itu lagi. lain kali mungkin aku akan meluahkan lagi isi hati aku tentang lelaki dan ini adalah pendapat dan luahan aku sendiri. dengan cara ni aku boleh bina kekuatan untuk membina tembok setebal dan sepanjang tembok besar china dlm hidup aku untuk LELAKI. Aku akan lagi tabah dengan cara ini.

MAAFKAN LAH AKU LELAKI..

Thursday, September 9, 2010

syawal thn 2010

Lepas sebulan berpuasa, esok hari raya.
Semoga Allah panjangkan umur aku,
bg aku kesempatan untuk jmpa lg kekasih hati
iaitu Ramadan yang seterusnya dan
bg aku peluang untuk menjalani ibadah dengan sempurna.
Sepanjang bulan puasa ni,
bila difikir-fikir kan secara matang dan mendalam,
aku nampak dan dapat banyak kelebihan dari
Allah dan Allah mudahkan kebanyakkannya untuk aku.
Ada masa2 aku sedih, aku yakin Allah itu ada,
Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Dia kemudiannya bagi aku kegembiraan tentang hal lain.
Walaupun ada masa2 aku tertekan,
bila mengadu Pada-Nya,
Dia sentiasa mendengar luahan hati aku n
memberikan aku ketenangan.
Bila aku keliru tentang sesuatu,
Dia sentiasa ada.
Allah tak pernah lupakan hamba-hamba-Nya
tapi manusia yang selalu lupakan
Yang Maha Pencipta.
Ya Allah, aku sangat bersyukur kepada-Mu atas
segala nikmat, cubaan dan dugaan yang Engkau berikan
dan aku doa semoga aku sentiasa di dalam
lindungan-Mu Ya Allah.
Semoga kehadiran Syawal tahun ni
memberikan beribu kebaikan buat aku
dan orang-orang yang aku sayang.
Semoga orang-orang yang aku sayang akan lebih menyayangi aku.
Insya Allah...

Monday, August 30, 2010

bday 2010

Alhamdulillah. syukur pada-Mu Ya Allah kerana aku masih
diberi kesempatan utk beribadah n beramal pada-Mu.
Smga thn ni lebih baik dari thn sblmnya n
smga keberkatan ramadan ni mendatangkan 1001 rahmat utk aku
n smga doa aku dimakbulkn Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah segala dosa-dosaku,
kuatkan lah imanku,
mudahkan lah segala urusanku,
murahkan lah rezekiku,
berikanlah kepadaku kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat,
sembuhkanlah semua penyakit ayahku,
panjangkan lah umur ayahku,
berikanlah ayahku kesihatan yang baik,
berikanlah ayahku kesempatan untuk
menghabiskan ibadah puasa pada tahun ini dengan sempurna,
ringankanlah aku daripada beban hutang yang aku hadapi Ya Allah,
bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya,
temukan lah aku dengan jodoh yang baik,
yang dapat menerima ku seadanya,
yang dapat membimbingku ke jalan-Mu,
yang dapat membahagiakan ku, Ya Allah.
Ya Allah, mudahkan lah segala urusan ahli keluargaku dan juga dia,
bukakanlah pntu rezeki mereka seluas-luasnya,
eratkanlah hubungan dia dengan bapa dan ibu-ibunya Ya Allah.
Pada-Mu jualah aku memohon, meminta pertolongan ,
mengadu dan berserah Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,
terangilah kubur arwah ibu-ibuku, datuk-datukku
serta semua org Islam yang telah meninggal dunia seterang-terangnya,
lapangkanlah kubur mereka selapang-lapangnya,
wangikanlah kubur mereka sewangi haruman syurga-Mu Ya Allah,
jauhkanlah seksa kubur dan siksa api neraka dari mereka Ya Allah,
masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu,
jauhkanlah kami dari api neraka-Mu,
pada-Mu jualah aku memohon, meminta pertolongan,
mengadu dan berserah Ya Allah.
Makbulkanlah doa hamba-Mu oyang lemah ini Ya Allah.
Amin.

Friday, August 20, 2010

boleh ke???

ada org penah tanya...
" ko x menyesal ke kalo tiba-tiba orang yang ko sayang hilang dari pandangan mata
n jadi milik orang lain
sedangkan ko x penah berterus terang pasal perasaan ko kat dia?"
Ajal maut, jodoh pertemuan, semua Allah yang tentukan.
Mungkin aku kene berterus terang dengan dia tp mcm mana?
Boleh ke dia terima aku seadanya?
bimbing aku ke jalan yang betul?
bahagia kan aku?

Sunday, August 8, 2010

datang lagi

Pejam celik pejam celik, aku bersyukur sangat pada Allah sebab dipanjangkan umur n diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan ramadhan tahun 2010 ni. Thn ni da 26 tahun aku sempat berpuasa walaupun zaman kanak2 dulu ada hari2 puasa sekerat hari, puasa mcm tak puasa. hehehe. semoga aku, abah, family aku, kwn2 aku, orang yang aku sayang dapat jalani ibadah puasa ni dengan penuh ketaqwaan n semoga ianya diterima Allah S.W.T n diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan yang penuh rahmat ni tahun depan, amin. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mengawal nafsu. (^_^) .

Monday, August 2, 2010

tahun ni aku jarang meng'update' kan blog. sibuk dengan banyak hal. hari ni pertama kali dalam hidup aku, aku dengar sorang lelaki amat mengharapkan restu mak ayah dia dalam membuat pilihan dalam hidup. Alhamdulillah, bg aku, dia betul. Syurga seorang isteri di bawah kaki suami tetapi syurga bagi suami terletak di bawah kaki ibu. Rasanya Aku tak pernah jmpe lelaki yang meletakkan ibu sendiri di atas semua pilihan n keputusan hidup. And aku doa kan semoga semuanya berjalan lancar bagi dia. Aminnn.....

Saturday, June 12, 2010

update sikit...

maaf.. da 3 bln mendiamkan diri dari dunia blogging. tempat baru ni buat diri aku sedikit sibuk dengan persekitaran, tempat keje, kwn2, perubahan cuaca n perubahan suasana.
tp keje aku tetap sama, kene make sure smua selamat berlepas, mendarat n terbang di ruang angkasa. agak sibuk membiasakan diri dengan tempat baru.
kat sini,
subuh da masuk jam 4.45 pagi,
kul 6 pg da start cerah mcm kul 7 pg,
zohor masuk dalam kul 12.45 tgh hr,
asar kul 3.40 ptg,
maghrib kul 6.30 ptg,
isyak 7.45 mlm.
lebih kurang mcm tu la waktu sembahyang kat sini.
cuaca mmg cantik. dari tempat keje, pg2 kul 6, kalo weather ok, blh nampak gunung kinabalu depan mata + matahari terbit. mlm2 nampak lampu2 bangunan yang cantik.
mknn kat cni pun 'ok' gak la walaupun mintak makanan lain tp yg sampainya x mcm yg dimintak. mintak kue teow ladna, yg sampainya kue teow ala2 sup. hehehehe. sbr je la. nasib ada encik Mc D, KFC n PizzaHut. Mcm mn nak kurus kalo dok mkn instant je.
Tp yg best gak kat cni, kemudahan utk bersukan n beriadah agak banyak n mlm2 pun blh nmpk org labuan berjoging, main futsal n main boling padang. So take granted dengan berjoging kat tmn botanical garden pg2 n ptg2 kalo x keje. Best.
Nnt ada masa, pic2 akan di upload. (^_^).
Sekian untuk kali ini........

Saturday, March 20, 2010

tempat baru... orang baru... keje baru...

19 mac 2010 - kul 0500H aku da bangun da. abah n adik pun da bangun mandi n bersiap-siap. pagi ni diorg akan ikut aku naik flight MH 1263 dari Kuantan ke Kuala Lumpur kul 0650H. Dua2 nak anta aku sampai KL. Ni 1st experience aku n adik aku naik flight. Nama je keje da bertahun tapi x penah naik MAS or Air Asia. Hehehe. Kul 0730H da selamat mendarat n kene tunggu my sis datang amik lak.
Kul 1000H kak ina sampai then kitorg g makan kat nilai. Luggage2 aku simpan kat tempat simpanan n kene RM60 for 2 beg troli saiz besar n 1 beg saiz M n 1 beg galas. Petang dalam kul 1530H, kitorg otw anta aku semula g KLIA.
Kul 1600H, aku amik boarding pass n stay kat situ sambil tgu kul 1815H for time masuk. Abah, kak ina, pakwe dia n adik tunggu gak sambil dengar announce untuk flight yang akan fly ke merata dunia.
kul 1815H, x de dengar pun panggilan untuk flight g labuan. 5 minit pastu pun x de gak n kak ina kata tunggu diorg announce sbb maybe aircraft x ready lg. 1825H aku da tak sedap ati.. aku g je kat balai berlepas.. tiba2 da dengar panggilan akhir untuk pesawat MH2636 ke labuan. OMG... gelabah la sbb pntu masuk A6 tu jauh gile. Pastu dengar diorg announce nama aku lak. Lagi la super lari aku kejar gate tu. Alhamdulillah, nasib baik sempat naik flight. N seat aku satu baris dengan orang yang aku kenal. (^_^).
Kul 2100H, alhamdulillah, selamat gak sampai ke Wilayah Persekutuan LABUAN. N hari isnin ni bermula la keje aku kat tempat baru n suasana baru.. semoga semuanya berjalan lancar..... amin.

Saturday, February 13, 2010

dugaan 2010

bismillahirahman nirrahim. da 2 bln aku tgalkan dunia blog sbb sibuk sgt dengan keje. ada gak a few story yg jadi dlm hdup aku. hr ni ada sesuatu yg berlaku kat aku. pg td aku dapat signal utk ditukarkan ke labuan n aku agak seronok la sbb aku agak berharap utk keje kat sana. ada beberapa reason knape aku nk sgt g. tp tup tup ptg tu aku eksiden. sedihnye tgk bf aku ni.
da kemek da.
aku nak g bdr utk wat confirmation game bowling. smpi kat tempat kejadian, tba2 kete myvi kat bwh tu brek mengejut. dummm.... da kemek. rupe2nye kat dpn myvi tu ada lg 2 kete yg brek mengejut gak tp kete diorg x de ape2. bende da ditakdirkan nak jadi.
ni la kete myvi tu. hmmm... aku kne bersabar banyak2. harap2 kete aku tu ok.