CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 21, 2010

ikhlas dari hati

dulu2 aku bercita2 nak tulis hr2 blog aku ni tp apa kan daya, atas kekangan kerja dan keadaan sekeliling membuatkan aku agak sibuk dan ini membuatkan blog aku mcm biskut.. kdg2 crita br kd2 maintain yg lama. sekarang keadaan kesihatan aku agak tidak memuaskan disebabkan oleh perubahan cuaca yang telah mnebabkan aku diserang selsema dan sakit tekak serta sakit kepala. tp aku paksa juga utk mengupdate life aku kat sini.

hmmm... untuk menjadi penasihat tentang LELAKI, kdg2 aku rasa tu kepakaran aku tp sebenarnya aku pun masih memikirkan tentang LELAKI. selama ni adakah aku terlupa dimana aku berdiri sehinggakan aku seperti memaksa diri aku menyukai insan bergelar LELAKI? dlm hidup aku, LELAKI yang betul2 aku sayang adalah ayah aku. dia sentiasa menerima setiap kekurangan aku seadanya tanpa mempersoalkan siapa aku dan sentiasa berusaha menjaga hati aku walaupun aku pernah buatkan dia menangis. aku tak akan lupa tentang tu.

tp selain dari abah, aku juga pernah dan cuba menyayangi dan menerima LELAKI lain dalam hidup aku tapi selalunya aku alpa. walaupun da byk kali aku kecewa, mengecewakan dan dikecewakan tp aku x pernah serik mencari LELAKI yang betul2 dapat menerima aku seadanya. maafkan aku kerana aku penuh kekurangan dan tak sempurna.

bila aku da byk melukakan hati sendiri, adakah kali ni aku akan menghiris lg hati aku yang da byk parut ni?? adakah tindakan aku kali ni di atas paksi kematangan akal fikiran atau masih mengikut telunjuk nafsu? adakah aku perlu menjadi diri aku sendiri? adakalanya bila aku diperlukan, terlalu indah aku rasakan tetapi bila sedikit demi sedikit hati aku terhiris, aku rasa aku x mampu nak terima LELAKI lain buat masa sekarang ni.

Hidup berdua itu amat indah bila disulam dengan kepercayan dan saling memahami, menghormati dan menyayangi tp hidup berseorangan juga indah kerana cuma hati ini sahaja yang perlu aku jaga. luka luaran senang sembuh tapi luka dalaman, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Aku tidak akan memaksa kerana aku tahu dunia kau dan aku berbeza.

Pada Allah sahaja aku berserah, memohon pertolongan, petunjuk dan mengadu. Maafkan lah aku kerana meluahkan. aku tak cukup kuat dan lantang untuk mempertahankan hati dari terluka lagi dan aku x sanggup kalau aku akan melalui kesakitan itu lagi. lain kali mungkin aku akan meluahkan lagi isi hati aku tentang lelaki dan ini adalah pendapat dan luahan aku sendiri. dengan cara ni aku boleh bina kekuatan untuk membina tembok setebal dan sepanjang tembok besar china dlm hidup aku untuk LELAKI. Aku akan lagi tabah dengan cara ini.

MAAFKAN LAH AKU LELAKI..

0 comments: