CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 30, 2010

bday 2010

Alhamdulillah. syukur pada-Mu Ya Allah kerana aku masih
diberi kesempatan utk beribadah n beramal pada-Mu.
Smga thn ni lebih baik dari thn sblmnya n
smga keberkatan ramadan ni mendatangkan 1001 rahmat utk aku
n smga doa aku dimakbulkn Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah segala dosa-dosaku,
kuatkan lah imanku,
mudahkan lah segala urusanku,
murahkan lah rezekiku,
berikanlah kepadaku kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat,
sembuhkanlah semua penyakit ayahku,
panjangkan lah umur ayahku,
berikanlah ayahku kesihatan yang baik,
berikanlah ayahku kesempatan untuk
menghabiskan ibadah puasa pada tahun ini dengan sempurna,
ringankanlah aku daripada beban hutang yang aku hadapi Ya Allah,
bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya,
temukan lah aku dengan jodoh yang baik,
yang dapat menerima ku seadanya,
yang dapat membimbingku ke jalan-Mu,
yang dapat membahagiakan ku, Ya Allah.
Ya Allah, mudahkan lah segala urusan ahli keluargaku dan juga dia,
bukakanlah pntu rezeki mereka seluas-luasnya,
eratkanlah hubungan dia dengan bapa dan ibu-ibunya Ya Allah.
Pada-Mu jualah aku memohon, meminta pertolongan ,
mengadu dan berserah Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,
terangilah kubur arwah ibu-ibuku, datuk-datukku
serta semua org Islam yang telah meninggal dunia seterang-terangnya,
lapangkanlah kubur mereka selapang-lapangnya,
wangikanlah kubur mereka sewangi haruman syurga-Mu Ya Allah,
jauhkanlah seksa kubur dan siksa api neraka dari mereka Ya Allah,
masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu,
jauhkanlah kami dari api neraka-Mu,
pada-Mu jualah aku memohon, meminta pertolongan,
mengadu dan berserah Ya Allah.
Makbulkanlah doa hamba-Mu oyang lemah ini Ya Allah.
Amin.

Friday, August 20, 2010

boleh ke???

ada org penah tanya...
" ko x menyesal ke kalo tiba-tiba orang yang ko sayang hilang dari pandangan mata
n jadi milik orang lain
sedangkan ko x penah berterus terang pasal perasaan ko kat dia?"
Ajal maut, jodoh pertemuan, semua Allah yang tentukan.
Mungkin aku kene berterus terang dengan dia tp mcm mana?
Boleh ke dia terima aku seadanya?
bimbing aku ke jalan yang betul?
bahagia kan aku?

Sunday, August 8, 2010

datang lagi

Pejam celik pejam celik, aku bersyukur sangat pada Allah sebab dipanjangkan umur n diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan ramadhan tahun 2010 ni. Thn ni da 26 tahun aku sempat berpuasa walaupun zaman kanak2 dulu ada hari2 puasa sekerat hari, puasa mcm tak puasa. hehehe. semoga aku, abah, family aku, kwn2 aku, orang yang aku sayang dapat jalani ibadah puasa ni dengan penuh ketaqwaan n semoga ianya diterima Allah S.W.T n diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan yang penuh rahmat ni tahun depan, amin. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mengawal nafsu. (^_^) .

Monday, August 2, 2010

tahun ni aku jarang meng'update' kan blog. sibuk dengan banyak hal. hari ni pertama kali dalam hidup aku, aku dengar sorang lelaki amat mengharapkan restu mak ayah dia dalam membuat pilihan dalam hidup. Alhamdulillah, bg aku, dia betul. Syurga seorang isteri di bawah kaki suami tetapi syurga bagi suami terletak di bawah kaki ibu. Rasanya Aku tak pernah jmpe lelaki yang meletakkan ibu sendiri di atas semua pilihan n keputusan hidup. And aku doa kan semoga semuanya berjalan lancar bagi dia. Aminnn.....